Kredit foto: Instagram Asif & Instagram Syahmi Sazli

     

Jika anda penggemar laman Youtube, nama Asif pastinya tidak asing lagi di pendengaran.

Beliau merupakan bintang Youtube yang kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.

Telatah bersahajanya dalam slot 'Drama Spontan' berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja video yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.

Ditambah dengan kreativiti Syahmi dalam mengangkat isu semasa menerusi karyanya, umpamanya isu harta pusaka, hubungan suami isteri dan cinta monyet.

Syabas diucapkan kepada Asif termasuk juga Syahmi! Semoga terus sukses di masa hadapan.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi.

2. Berasal dari Kelantan.

3. Berumur 17 tahun (2019).

4. Merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff yang berusia 16 tahun, hasil daripada perkahwinan keempat bapanya. Keseluruhannya, beliau mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.

5. Penghidap masalah mild autisme.

6. Kesempitan hidup memaksa Asif dan adiknya untuk menamatkan persekolahan lebih awal (berhenti sekolah). Kehidupan mereka sekeluarga pula hanya bergantung pada gaji harian ibunya yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.

7. Bagaimanapun nasib Asif berubah apabila menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot 'Drama Spontan' yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli, 24, menerusi Youtube.

8. Syahmi mula mendapat ilham menghasilkan video pendek selepas melihat reaksi bersahaja Asif apabila disakat.

9. Pembabitan Asif dalam video pendek itu telah mengubah perwatakannya yang asalnya seorang yang pemalu, gemar menyendiri dan tidak suka ke hadapan. Asif juga pada awalnya penakut dan gemar menyorok di belakang pintu apabila didekati seseorang. Namun, remaja istimewa itu suka bergaul dengan lelaki yang lebih berusia daripadanya.

10. Asif yang mempunyai masalah menghafal, hanya mengungkapkan dialognya dalam lakonan secara spontan, tanpa bantuan skrip. Syahmi sebagai pengarah bertindak memberi arahan secara lisan dan menyerahkan kepada kreativiti Asif untuk beraksi di hadapan kamera.

11. Daripada kesemua pelakon wanita yang pernah digandingkan dengannya, Asif mengatakan dia lebih selesa bersama Wanie Rohaimie meskipun sedia maklum yang wanita itu sudahpun mendirikan rumah tangga. Jika ditanya tentang teman wanita, nama Wanie pasti terpacul di bibirnya!

    

Fakta Menarik

  • Terkenal dengan trademarknya yang berbunyi, "Tak gurau Mi".
  • Hanya mengenali nilai wang kertas RM1.
  • Kebiasaannya tidur di siang hari.
  • Dibayar RM200 bagi setiap video lakonannya. Bagaimanapun Syahmi turut membantu beliau dalam menyediakan keperluan barang harian dan pakaian.
  • Akaun Instagram Asif yang menggunakan nama @asifsuhaimi02 kini di bawah seliaan kakaknya, Siti Nurul Atina Suhaimi.

    

Foto

syahmi sazli asif 625

instagram asif

syahmi sazli production

asif dan yoe

asif syahmi

Kredit foto: Instagram Asif & Instagram Syahmi Sazli

    

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

    

Sumber: “Tak gurau Mi” trademark popular Asif, ketahui 15 trivia menarik remaja autisme penghibur hati rakyat Malaysia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)