Oleh pada 26 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Syahmi Sazli

   

Bekas finalis program Pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Aween Ismail tampil mendedahkan makna sebenar di sebalik perkataan 'Totey' yang digunakan dalam judul filem sulung arahan youtuber popular, Syahmi Sazli.

Aween yang juga salah seorang pelakon filem itu, berkata, perkataan berkenaan sebenarnya hanyalah sekadar gelaran yang digunakan bagi merujuk kepada mana-mana individu.

   

maksud totey

Kredit foto: Instagram Aween Ismail

   

“Ramai juga yang ingin tahu apa yang dimaksudkan Totey dalam tajuk cerita ni. Ia sebenarnya adalah gelaran bagi orang Kelantan.

"Di mana kalau namanya Ismail, Totey tu macam satu gelaran bagi mereka sahaja,” katanya memetik laporan Remaja

Terdahulu, perkataan yang menjadi tanda tanya ramai itu kononnya dikatakan berbaur lucah.

Filem ini sepatutnya menemui penonton di layar perak. Namun begitu perancangan tersebut terpaksa dibatalkan akibat penularan pandemik COVID-19.

Mael Totey The Movie bakal ditayangkan terus di pawagam rumah, Astro First di saluran 480 yang dijadualkan pada September atau Oktober ini.

Antara lain karya ini menampilkan lakonan Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif, Catriona Ross, Emaleen Minhad dan ramai lagi.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mael Totey The Movie (Astro First)

Baca: Biodata Syahmi Sazli

Baca: Biodata Aween Ismail

Baca: Filem Syurga Ini Milikmu 'Petaka' Lakonan Coki, Mael Totey The Movie Arahan Syahmi Sazli Di Astro First

   

Kredit video: Terjah Yoe Parey di Set Syahmi Sazli | Mael Totey The movie

   

Sumber: Finalis Dewi Remaja 2018/19, Aween Ismail Bakal Bintangi Telefilem Mael Totey The Movie

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)