Kredit foto: Instagram Anissa Faizul

   

Untuk segmen biodata kali ini, penulis bawakan kepada pembaca biodata individu di sebalik nama Anissa Faizul yang juga isteri kepada youtuber popular, Syahmi Sazli.

   

Biodata Dan Latar Belakang Anissa Faizul

Siapa Anissa Faizul? Pemilik nama Anissa Faizul yang juga selesa disapa dengan nama panggilan, Nissaini ini merupakan seorang instafamous yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan dilahirkan pada 4 Januari 1998.

Berumur 22 tahun, beliau yang merupakan isteri kepada youtuber ternama, Syahmi Sazli turut memegang peranan sebagai ibu kepada seorang cahaya mata yang dinamakan sebagai Ainul Mardhiah.

Turut bergiat sebagai seorang usahawan dan model, seawal karier ketika namanya mendaki tangga populariti, wajahnya sering dilihat menjayakan video pendek yang diterbitkan oleh suaminya, Syahmi Sazli menerusi laman perkongsian video, Youtube.

Tidak hanya mempunyai bakat dalam bidang lakonan, beliau juga melangkaui karier sebagai seorang model muslimah dengan memperagakan beberapa koleksi fesyen tudung semasa, buat tatapan para pengikut laman sosial Instagramnya yang sehingga kini sudahpun mencapai angka 990,000!

Antara lain, Anissa turut melangkah dalam dunia perniagaan dengan mengusahakan produk kecantikan di bawah jenamanya sendiri yang dinamakan sebagai AF Beauty & Cosmetics.

Menyentuh perkembangan terkini, beliau baru sahaja mewujudkan akaun Youtube dengan menggunakan namanya pada kira-kira sebulan lalu yang mana sehingga kini saluran berkenaan sudahpun dilanggani 65,000 pengikut.

    

Baca: Biodata Youtuber Syahmi Sazli

Baca: Biodata Youtuber Yoe Parey

Baca: Biodata Youtuber Asif Suhaimi

     

Foto

anissa faizul

keluarga syahmi sazli 345

wikipedia anissa faizul

instagram anissa faizul

isteri syahmi sazli 912

kereta syahmi sazli

pelakon syahmi sazli

anissa faizul dulu

youtube syahmi sazli

Kredit foto: Instagram Anissa Faizul

    

Video

Kredit video: Kenal Ke Tidak?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)