Oleh pada 08 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

   

Butak merupakan sebuah filem Malaysia 2020 lakonan Izuan Fitri, Fimie Don, Melly Amalin dan Kazar Saisi.

Karya arahan sutradara telefilem fenomena, Pok Ya Cong Codei, Sabri Yunus ini bakal menemui peminat filem melayu di saluran Astro First mulai 8 Oktober 2020.

   

butak movie

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

    

Sinopsis

Butak, seorang remaja lelaki yang nakal dan dibenci orang kampung, namun juga seorang yang cerdik dan berjiwa murni.

Meskipun sering menimbulkan kekecohan, jauh di sudut hati, Butak menyimpan niat untuk berubah.

Begitupun tekanan daripada orang kampung menyebabkan jiwanya memberontak.

Satu peristiwa telah berlaku hingga mengakibatkan Butak merajuk dan menyalahkan dirinya.

Kerana sering terdengar tentang kisah ibadat Haji, Butak membawa diri ke Pelabuhan Penang.

Dia berhajat merasai sendiri pengalaman menaiki kapal dan bersujud di depan Kaabah.

    

filem butak

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

   

Pelakon

Lakonan utama Izuan Fitri yang juga pemegang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016.

Turut menampilkan Fimie Don, Melly Amalin, Fazli Daniel Ali, Sabri Yunus, Kaza Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Adrenna Rose, Saidi Sabri, Azman Hassan, Bohari Ibrahim, Omar Hj Abdullah dan Ahmad Nizam Bahari.

    

Baca: Biodata Fimie Don

   

butak

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Two Tones Sdn Bhd daripada pengarah prolifik, Sabri Yunus.

   

butak 2020

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

   

Tarikh Tayangan

Menemui penonton mulai 8 Oktober 2020 di saluran Astro First (saluran 480) dengan harga langganan RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

   

Cara Langgan Astro First

Pergi ke saluran 480 untuk memilih filem yang ingin disewa.

Ikuti langkah-langkah yang tertera di kaca televisyen.

Anda dikehendaki mengirimkan kod langganan menerusi perkhidmatan SMS atau aplikasi Whatsapp.

    

Kredit video: Filem Butak - Official Trailer

    

Sumber:

1. Legend Kembali Lagi! Sabri Yunos Muncul Dengan Karya Baru, Butak!

2. Padat Dengan Mesej Positif! Filem Butak Bakal Menemui Penonton Bermula Esok! 

3. Terfikir undur diri

4. Instagram Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)