Oleh pada 18 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

     

Keluarga Iskandar The Movie (KITM) merupakan sebuah filem lanjutan daripada drama bersiri 'Keluarga Iskandar', kisah keluarga paling berpengaruh yang pernah ditayangkan di Astro selama dua musim.

Siri komedi ala 'mockumentary' ini pernah diangkat sebagai 'Siri Televisyen Komedi Terbaik’ di Anugerah Lawak Warna selama dua tahun berturut-turut.

   

sinopsis keluarga iskandar the movie

Kredit foto: Instagram Keluarga Iskandar

   

Sinopsis

Mengisahkan perjalanan Keluarga Iskandar secara konvoi ke majlis perkahwinan Faris, bekas teman lelaki Adibah yang diadakan di Pontian, Johor.

Ketika perjalanan, Mak Jah 'buat hal' apabila menggesa mereka sekeluarga untuk singgah ke setiap rumah sepanjang menuju ke Pontian.

Sudahnya tempoh perjalanan memakan masa yang panjang hingga membuatkan Princess dan Dardar naik bosan, lalu secara senyap-senyap menyelinap ke taman tema.

Kehilangan mereka berdua menambahkan lagi suasana kecoh dalam perjalanan Keluarga Iskandar ke Pontian!

   

pelakon keluarga iskandar

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

    

Pelakon

Mengekalkan sebahagian besar barisan para pelakon asal siri Keluarga Iskandar seperti Kismah Johar, Anita Baharom, Hilal Azman, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Hiera Hassan, Izz Ilham, Sobri Anuar, Khayrisyah Kemal, Taqim Zaki, Wan Rania Humairah, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Turut menampilkan Nabila Razali, Ajak Shiro, Amy Mastura, Zarina Zainuddin, Faiz Dickie, Shahkimin, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan dan Ustaz Nazri.

   

Baca: Biodata Nabila Razali

Baca: Biodata Ajak Shiro

Baca: Biodata Zarina Zainuddin

   

keluarga iskandar the movie astro

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan sutradara Wan Hasliza dan terbitan oleh KL Motion Pictures Sdn Bhd.

     

keluarga iskandar

Kredit foto: Instagram Keluarga Iskandar

    

Tarikh Tayangan

Langgan dengan harga RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang mulai 16 Julai 2020 di pawagam rumah, Astro First (saluran 480).

   

Cara Langgan Astro First

Pergi ke saluran 480 dan pilih filem yang ingin dilanggan. Ikut langkah-langkah yang diberikan di mana anda dikehendaki untuk SMS atau whatsapp kod langganan seperti yang tertera di skrin televisyen.

   

Kredit video: TAYANGAN PERDANA KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE - DI PAWAGAM RUMAH ANDA 16 JULAI 2020

    

Sumber:

1. Instagram Keluarga Iskandar

2. Tak Pernah Dibuat Orang! Satu Rombongan Bas Datang Sebab Nak Melawat Keluarga Iskandar?  

3. Dah Ready Nak Gelak Terguling-Guling? Ini 5 Fakta Penting Keluarga Iskandar The Movie Anda Perlu Tahu!

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)