Oleh pada 31 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Bikin Filem merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2020 yang bakal menemui peminat filem melayu di saluran Astro First mulai 5 November 2020.

Filem Astro Shaw garapan sutradara Latiff Zami (Mohd Yeop Hitler) ini dilakonkan bintang-bintang terkemuka, antaranya Sherry Alhadad, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhan Rani dan Sharifah Sakinah.

   

bikin filem movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

Khaty (Sherry Alhadad) merupakan seorang bekas pelakon filem sensasi yang baru sahaja berpisah dengan suaminya.

Dia yang ingin menerbitkan sebuah filem berjudul 'Dendam Berbalas' menggunakan khidmat Rahim G (Azhan Rani) sebagai sutradara untuk mengarahkan filem tersebut.

Begitupun ia tidak semudah yang disangka apabila pelbagai dugaan, cabaran dan kisah lucu berlaku sewaktu sesi penggambaran berlangsung, melibatkan kerenah setiap kru, pelakon dan pengarah yang terlibat!

   

bikin filem

Kredit foto: Instagram Azhan Rani

    

Pelakon

Menampilkan nama-nama besar dalam dunia lakonan seperti Sherry Alhadad, Scha Alyahya, Azhan Rani, Erra Fazira dan Sharifah Sakinah.

Antara lain dijayakan Azrel Ismail, Amerul Affendi, Syazwan Zulkifly, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop, Mark Adam, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff dan ramai lagi.

   

Baca: Biodata Sherry Alhadad

Baca: Biodata Scha Alyahya

Baca: Biodata Azhan Rani

Baca: Biodata Erra Fazira

Baca: Biodata Sharifah Sakinah

Baca: Biodata Azrel Ismail

Baca: Biodata Syazwan Zulkifly

   

pelakon bikin filem

Kredit foto: Instagram @dearazalea

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah filem arahan Latiff Zami (Mohd Yeop Hitler) menerusi terbitan syarikat Empire Film Solution.

   

bikin filem astro first 115

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Tarikh Tayangan

Mulai 5 November 2020, tayangan secara terus di pawagam rumah, Astro First (saluran 480) dengan harga langganan RM15 bagi siaran secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

   

Cara Langgan Astro First

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Pilih filem dan turuti langkah-langkah yang tertera di skrin televisyen.

Anda dikehendaki menggunakan perkhidmatan SMS atau aplikasi Whatsapp untuk menghantar kod langganan.

Selain itu, filem ini juga boleh disewa dengan strim di platform Astro Go atau On Demand.

   

Kredit video: Bikin Filem - Official Trailer [HD]

   

Sumber:

1. Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Scha Alyahya, Azhan Rani – Ramainya Pelakon Hebat Dalam Bikin Filem!

2. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)