Oleh pada 18 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Mulut Masin merupakan sebuah filem komedi seram 2020 terbitan Astro Shaw, garapan sutradara Razaisyam Rashid.

Ditayangkan di saluran pawagam rumah, Astro First mulai 19 November 2020, naskhah ini dijayakan pelakon As'ad Motawh, Jay Nazif, Danish Hazriq, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Maria Farida dan ramai lagi.

    

mulut masin

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

“Sepupu Sedarah Sehidup Semati”

Sebuah filem komedi seram yang mengangkat kisah lima orang sepupu.

Mereka berada dalam ketakutan selepas menghilangkan surat wasiat arwah nenek mereka.

Kerana takutkan sumpahan mulut masin nenek, kelima-limanya bertanggungjawab mencari semula wasiat yang hilang!

   

mulut masin movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon

Dibintangi As'ad Motawh, Danish Hazriq, Lan Pet Pet, Maria Farida, Farahdhiya dan Khatijah Tan.

Turut serta, Jay Nazif, Muzzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Aloy Paradoks dan ramai lagi.

   

Baca: Biodata As'ad Motawh

   

mulut masin astro

Kredit foto: Instagram Cassia Iman & Rayyan Iman

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan sulung Astro Shaw daripada pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid.

   

filem mulut masin

Kredit foto: Instagram @iamfaizalabdullah

   

Tarikh Tayangan

Menemui peminat filem melayu di saluran Astro First (saluran 480) bermula 19 November 2020, dengan harga langganan sebanyak RM15 untuk siaran secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

   

Cara Langgan Astro First

Pilih filem yang ingin dilanggan di saluran 480, kemudian ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di skrin televisyen.

Gunakan perkhidmatan SMS atau aplikasi Whatsapp untuk mengirim kod langganan yang tertera.

Anda juga boleh melanggan menerusi platform digital iaitu dengan strim di Astro Go atau On Demand.

  

Kredit video: Mulut Masin - Official Trailer [HD]

    

Sumber:

1. Jangan Cakap Sembarangan, Nanti Mulut Masin! Tengoklah Apa Yang Terjadi Dengan Lima Sepupu Ini

2. Nak Mengarah Pelakon Kanak-Kanak Mencabar, Pengarah Filem Mulut Masin Terpaksa...

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)