Oleh pada 05 Apr 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Filem Satu Hari Sebelum Raya merupakan hasil arahan ketiga daripada Syahmi Sazli, seorang youtuber terkenal yang sebelum ini mencipta fenomena melalui karya-karyanya seperti Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022).

Karya terdahulu Syahmi, Mael Totey The Movie, meraih sambutan luar biasa di platform penyiaran filem televisyen Astro First sehingga dia digelarkan sebagai pengarah filem nombor 1 paling laris di saluran tersebut.

   

sinopsis satu hari sebelum raya

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Satu Hari Sebelum Raya pula ialah sebuah filem yang mengangkat tema Hari Raya Aidilfitri yang begitu dekat dengan masyarakat. Berbeza dengan filem-filem Syahmi sebelumnya yang lebih cenderung pada unsur komedi drama, filem ini memiliki naskhah yang lebih dramatik. Ia pastinya akan menjentik emosi penonton yang menyaksikannya.

   

satu hari sebelum raya movie

Kredit foto: Instagram Syahmi Sazli

   

Bagi peminat yang ingin menonton, jangan lepaskan kesempatan untuk melanggan mulai 6 April 2023 ini di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480.

   

Sinopsis

Satu Hari Sebelum Raya mengetengahkan kisah perjalanan Ika dan Yoe, dua adik-beradik yang mengalami kesempitan hidup. Mereka berusaha untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang perjalanan mereka, takdir membawa mereka berjumpa dengan berbagai macam manusia yang akhirnya mengubah pandangan hidup mereka.

Mampukah Ika memenuhi janjinya untuk mencari sepasang baju raya untuk adiknya, Yoe?

     

Baca: 10 Filem Melayu Bertema Hari Raya Wajib Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Melayu Astro Original Series Wajib Tonton, Juga Tersedia Online!

Pelakon

Karya ini mengetengahkan nama-nama pelakon terkenal seperti Wanie Rohaimie, Ashrul Hakim (Yoe Parey), Asif Suhaimi, Samer, Saiful Apek, Anissa Faizul, Kamarool Haji Yusoff, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Hushairi Husain, Badri Radzi, Putry Mohd dan Poyie Gasi yang popular di platform Youtube dan industri lakonan filem serta tv tempatan.

    

pelakon satu hari sebelum raya

Kredit foto: Instagram Wanie Rohaimie

   

Sesuatu yang menarik dengan karya ini adalah kemunculan wajah-wajah baharu yang amat popular dalam kalangan masyarakat seperti Samer, pempengaruh media sosial dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Badhri Radzi atau Piya.

   

filem satu hari sebelum raya

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Watak Pelakon

Yoe Parey sebagai Yoe

Asif Suhaimi sebagai Asif

Samer sebagai Samer

Hushairi Husain sebagai Yie

Putry Mohd sebagai Tiktoker

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Satu Hari Sebelum Raya adalah hasil karya terbaru daripada Syahmi Sazli Production Sdn Bhd, diarahkan oleh pengarah Syahmi Sazli sendiri.

   

Tarikh Tayangan

Tonton filem yang berdurasi 1 jam 24 minit ini di pawagam rumah anda melalui saluran 480, Astro First yang akan mula disiarkan pada 6 April 2023. Anda juga boleh menyewa tayangan tersebut di Astro Go atau On Demand secara online dengan harga RM15 untuk siaran selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

   

Cara Langgan / Beli Astro First

Untuk langgan, sila ke saluran 480 dan pilih judul filem yang hendak disewa. Turutan langkah mudah akan dipaparkan di skrin TV anda. Akhir sekali, kod langganan yang diberikan di layar TV perlu dihantar melalui SMS atau aplikasi WhatsApp.

   

Kredit video: Official Trailer - Satu Hari Sebelum Raya




Hakcipta iluminasi.com (2017)