Oleh pada 20 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Mencipta fenomena luar biasa di platform filem televisyen Astro First menerusi hasil karyanya, Mael Totey The Movie, pengarah filem nombor 1 paling laris di saluran tersebut, Syahmi Sazli kembali menggegarkan industri perfileman tempatan pada tahun 2022 dengan filem terbaharunya, 35mm.

Sebuah filem pengembaraan fantasi komedi, 35mm yang mempertaruhkan genre pengembaraan masa atau ‘time travel’ dengan selingan aksi mendebarkan dan adegan-adegan komedi yang mencuit hati ini, bermula tayangan pada 21 Jun 2022 di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.

35mm syahmi sazli

Kredit foto: Instagram Syahmi Sazli

Sinopsis

Selepas membeli sebuah kamera antik, tiga sekawan, Syahmi, Asif dan Yoe menghadapi mimpi ngeri apabila mereka terperangkap dalam masa lalu, melalui pengembaraan ke beberapa buah zaman yang berlainan.

Mereka perlu bertahan di zaman yang dilewati, antaranya pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British dan era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an -- yang mengimbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi.

Walau bagaimanapun, mereka menghadapi kesukaran semasa cuba melepaskan diri dari satu era ke era yang lain.

Apabila berada di tahun 1997, Yoe mendapat peluang untuk mengembara buat pertama kalinya berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Namun, mereka mesti kembali ke tahun 2020 dalam apa juga keadaan dan dengan apa cara sekalipun.

Baca: Info Dan Sinopsis Rompak (Astro First) Filem NFT Pertama Asia Tenggara

sinopsis 35mm

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Pelakon / Cast

35 mm mengangkat nama-nama barisan pelakon Youtube yang terkenal selaku tonggak utama iaitu Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey.

Ia turut didukung oleh barisan aktor sampingan yang lain seperti Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Melanie Tan, Mohammad (Abe Mat), Ainul Yakin, MN Badri, Mamu Abu, Wea Selamos, Xing hu, Dr.Andika Aziz, Hushairy Hussein, Cg.Yaakob Abd Aziz, Nawi Mohd, Mukhtar (Pok Tar), Epul dan Abrar.

Watak Pelakon

Syahmi Sazli sebagai Syahmi

Asif Suhaimi sebagai Asif

Yoe Parey sebagai Yoe

Puteri Kapitan Hung sebagai Katherin Teng

Melanie Tan sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung

Kenji Sawahii sebagai Kapitan Hung

Ainul Yakin sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung

Mohammad (Abe Mat) sebagai Mahaguru Cina

MN Badri sebagai Mejar Fujikura

Mamu Abu sebagai Mat (Talibarut Jepun)

Wea Selamos sebagai Buang (Talibarut Jepun)

Xing hu sebagai Isteri Mahaguru Cina

Dr.Andika Aziz sebagai Sir J. Cowly

Cg.Yaakob Abd. Aziz sebagai Sir Mac Mouse

Hushairy Hussein sebagai Bahadur

Nawi Mohd sebagai Talibarut British

Abrar sebagai Talibarut British

Epul sebagai Talibarut British

Mukhtar (Pok Tar) sebagai Pok Tar

35mm movie

Kredit foto: Instagram Syahmi Sazli

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah terbitan syarikat produksi Nine Flix Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Syahmi Sazli bersama Senibayan yang mana mereka juga bertindak selaku penulis lakon layar.

Cerita asal filem ini diilhamkan sendiri oleh Syahmi Sazli dengan sokongan penulisan skrip, Senibayan.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Munajat Suci

Penyanyi: Fajar Feat Didibiola

Komposer: Didi Syahputra & Datuk Zaidi Mohd.Said

Penulis lirik: Datuk Zaidi Mohd Said

Tajuk: Mekar Di Jiwa

Penyanyi cover: Emie Sukmasari

Penyanyi asal: X-Ray

Komposer: X-Ray

Penulis lirik: X-Ray

Tajuk: Geweku Ore Kelate

Penyanyi: Emie Sukmasari Feat Sai Kamal

Komposer: Emie Sukmasari

Penulis lirik: Emie Sukmasari / Sai Kamal

filem 35mm

Kredit foto: Instagram Syahmi Sazli

Tarikh Tayangan

Saksikan filem 35mm berdurasi 1 jam 47 minit yang boleh dilanggan dan ditonton secara eksklusif di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 21 Jun 2022.

Atau anda juga boleh sewa di platform online iaitu aplikasi Astro Go atau On Demand. 

Dengan caj RM15, anda dapat menikmati tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Cara Langgan / Beli Astro First

Untuk melanggan sila ke saluran 480 dan buat pemilihan judul filem. Langkah-langkah ringkas akan dipaparkan di skrin TV.

Akhir sekali kod langganan yang diberikan di kaca TV perlu dihantar menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp.

Kredit video: Di Sebalik Tabir & Trailer - 35MM




Hakcipta iluminasi.com (2017)