Oleh pada 23 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Chomel merupakan sebuah filem Malaysia 2021 yang bakal menemui peminat filem melayu di saluran Astro First.

Karya terbitan Astro Shaw ini menggandingkan pelakon Zahiril Adzim, Airiezara Jasmin, Aniq Suhair (Hero Remaja 2020) dan Azizah Mahzan.

chomel movie

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Sinopsis

Filem Malaysia pertama yang mengangkat haiwan kucing sebagai subjek utama.

Mengisahkan perhubungan dan kasih sayang sebuah keluarga bersama kucing peliharaan mereka.

Ia juga memaparkan kehidupan seekor kucing dan seorang kanak-kanak yang sedang berdepan rasa kehilangan.

Kisah bermula apabila Mimi (Airiezara Jasmin), seorang kanak-kanak yang diselubungi rasa sunyi selepas pemergian ibunya, tertekan angkara keadaan keluarganya yang berpecah-belah.

Percubaannya untuk menjadi rakan kepada 'Diva Girlz' pula sering sahaja menemui kegagalan.

Segalanya berubah selepas Mimi menjaga seekor kucing yang diberi nama 'Chomel'. Mimi mula mengintai peluang menjadi rakan kepada Diva Girlz.

Konflik tercetus apabila nenek Mimi (ibu mertua bapanya) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora (Yuyun Hikmah) kerana menganggap bapanya tidak mampu memberikan masa depan yang baik kepada mereka.

Harapan Mimi kini terletak pada Chomel ketika mengharungi pergelutan yang melanda hidup dan keluarganya.

pelakon chomel

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Pelakon / Cast

Dijayakan Zahiril Adzim, Azizah Mahzan, Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah dan Aniq Suhair (Hero Remaja 2020).

Turut dibantu Nadia Aqilah, Aziz M. Osman, Douglas Lim, Adibah Noor, Zahier Yusoff (penyampai radio Era), Indah Emeerlda dan Gavin Yap.

Baca: Biodata Aniq Suhair

sinopsis chomel

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan syarikat produksi Astro Shaw, manakala garapan pula oleh sutradara Jason Chong.

Penulis skrip - Pasukan penulis Astro 'writers room'.

filem chomel

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Tarikh Tayangan

Mula ditayangkan pada 24 Jun 2021 di saluran pawagam rumah, Astro First. Harga langganan adalah RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Juga tersedia di aplikasi Astro Go dan On Demand.

Cara Langgan Astro First

Pergi ke saluran 480, pilih filem yang ingin disewa.

Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di kaca televisyen anda dan hantarkan kod langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: CHOMEL - OFFICIAL TRAILER [HD]

Sumber:

1. Cipta Sejarah, Chomel Filem Pertama Malaysia Papar Hubungan Keluarga Dengan Haiwan Kesayangan, Love!

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)