Kredit foto: Instagram @sharifah_sakinah

     

Biodata

1. Pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired. Dikenali sebagai Sharifah Sakinah.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 28 Mei 1989.

3. Merupakan pelakon, pelawak dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

4. Dua kakaknya juga merupakan anak seni iaitu pelakon Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau Sharifah Haslinda / Lynn dan pelawak Sharifah Shahirah.

5. Mula menempa nama selepas membintangi sitkom Hotel Mania pada 2010.

6. Antara drama dibintanginya seperti Dottie, Ana Lu'lu, Benci Vs Cinta, Yem Rempit, Isteri vs Tunang, Girlfriend Aku Dari Neraka The Series, My Coffee Prince, Selafaz Cinta dan Voice Note.

7. Termasuk telefilem Bimbi & Bonnie, Kubur Berdarah, Kulit, Wau Kasih, Fatonah Azali, Rumah No. 10, Rumah Hantu Sakit Jiwa, Bini Aku Dari... dan banyak lagi.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ular, Pekak, Kimchi Untuk Awak dan Rise: Ini Kalilah.

9. Pemegang trofi Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada 2014.

10. Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 selepas mengikat tali pertunangan pada 2014. Mereka menyambut kehadiran cahaya mata bernama Anais Adha pada 24 Mei 2017.

11. Terlebih dahulu, dia menjalinkan hubungan cinta dengan Ahmad Albab yang juga anak sulung kepada pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima, bagaimanapun terputus di tengah jalan.

       

Foto

biodata sharifah sakinah pelakon drama utusan cinta buat adam 2

biodata sharifah sakinah pelakon drama utusan cinta buat adam 3

biodata sharifah sakinah pelakon drama utusan cinta buat adam 4

biodata sharifah sakinah pelakon drama utusan cinta buat adam 5

biodata sharifah sakinah pelakon drama utusan cinta buat adam 6

biodata sharifah sakinah pelakon drama utusan cinta buat adam 7

Kredit foto: Instagram @sharifah_sakinah

     

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)