Kredit foto: Instagram @azrelismail

Biodata

1. Nama penuhnya, Azrel bin Ismail.

2. Berusia 35 tahun.

3. Kelahiran Taiping, Perak pada 16 Januari 1984.

4. Anak kepada pasangan Ismail bin Shafie (bapa) dan Mat Som (ibu).

5. Bakatnya digilap daripada pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2008/2009 yang antara lain melahirkan pelakon Mustaqim Bahadon.

6. Beliau yang merupakan pelakon dan model cetakan itu mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

7. Antara drama dibintanginya seperti Santau Merasuk, Cinta Buat Emelda, Syurga Nur, Gondola Cinta Di Venice, Lelaki Macam Dia, Menantu Ting Tong, Cucu Tauke Beras, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dan Cik Sempurna.

8. Juga telefilem Wasilah Cinta, Jangan Ambil Anak Aku, Misiku Sado, Katakan Tidak Pada Cinta, Amnesia Pelamin Erina, Imamkan Aku, Maya Mila, Rezeki Tanpa Alamat, 27 Hari Mencari Mustafa dan banyak lagi.

9. Penglibatannya di layar perak menerusi filem 8 Jam, Aku Terima Nikahnya, Laki-Laki, Hanyut, Mendidih Bro dan Pulang. 

10. Terkini, namanya meletup menerusi drama adaptasi novel 'Cetera Hati Diya' arahan sutradara Raja Mukhriz, siaran TV3 yang antara lain menampilkan pelakon Azar Azmi, Fattah Amin, Faye Kusairi, Raja Hakim dan Asha Zainul.

     

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.77 meter.
  • Pernah menuntut di Kolej Taylor, kampus rasmi Sydney di Sydney, Australia.
  • Dikatakan mempunyai wajah iras aktor popular, Remy Ishak.
  • Bakal membintangi filem 'Bikin Filem' arahan M. Latiff Zami.

      

Foto

biodata azrel ismail pelakon drama cetera hati diya 2

biodata azrel ismail pelakon drama cetera hati diya 3

biodata azrel ismail pelakon drama cetera hati diya 4

biodata azrel ismail pelakon drama cetera hati diya 5

biodata azrel ismail pelakon drama cetera hati diya 6

Kredit foto: Instagram @azrelismail

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Berita Harian

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)