Oleh pada 15 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Rompak merupakan filem pelopor pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan pemilikan aset digital melalui NFT (Non-Fungible Token) - bersesuaian dengan revolusi baharu pada era digital masa kini.

Filem ini mengetengahkan plot penceritaan berkaitan dengan isu kegiatan penipuan atau dikenali dengan istilah 'scam' yang telah mengambil tempat dalam kehidupan masyarakat sejak sekian lamanya.

Dibintangi oleh barisan pelakon terkenal terdiri daripada Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha dan MK K-Clique, filem ini bakal ditayangkan mulai 16 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro First.

    

rompak movie

Kredit foto: Instagram Faizul A Rashid

Sinopsis

Ashraf (Zizan Razak) yang bakal melangsungkan perkahwinan, mengalami kerugian selepas terpedaya dengan satu skim pelaburan cepat kaya yang mengakibatkan kesemua duit simpanannya lesap.

Sasaran Ashraf kini adalah ketua sindiket scam tersebut iaitu Farouk (Tony Eusoff), pelaku yang telah menipunya.

Bangkit dalam usaha menentang, Ashraf bergabung dengan mangsa penipuan lain iaitu Daniel (MK K Clique), Sarah (Ezlynn) dan Pakcik Kassim (Azhar Sulaiman). Mereka dikumpulkan oleh seorang wanita misteri bernama Nadia yang mengaku pernah bekerja dengan Farouk. Mereka kemudian merancang misi untuk menjatuhkan dan membalas dendam terhadap Farouk bersama skim penipuan tersebut.

sinopsis rompak

Kredit foto: Instagram @nashrulnasir

Pelakon / Cast

Menampilkan lakonan mantap daripada barisan bintang popular yang diterajui oleh Zizan Razak, Daiyan Trisha, MK K-Clique dan Tony Eusoff, serta disokong oleh gandingan aktor Azhar Sulaiman, Niezam Zaidi, Siti Khadijah Halim, Chubb E dan Ezlynn.

filem rompak

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah produksi terbitan portal kewangan Intraday.my dan syarikat 4ward Pictures, serta mendapat sentuhan pengarahan dan garapan oleh sutradara Ghaz Abu Bakar.

rompak nft

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Tarikh Tayangan

Saksikan filem Rompak bermula 16 Jun 2022 dengan harga langganan sebanyak RM15 (2 hari), disiarkan terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Juga boleh disewa secara online menerusi video On Demand pada perkhidmatan penstriman Astro Go, Astro PVR Box dan Ultra Box untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Cara Langgan / Beli Astro First

Lakukan pemilihan judul filem pilihan anda di saluran 480. Ikuti langkah-langkah mudah yang dipaparkan di layar skrin TV anda, kemudian kirimkan kod langganan melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp.

Kredit video: Official Trailer | Rompak Movie / Super Telemovie | 16 Jun 2022 di Astro First




Hakcipta iluminasi.com (2017)