Kredit foto: Instagram @sherry_alhadad

Biodata

1. Nama penuhnya, Shariffah Mariam binti Syed Abdullah Al Hadad. Popular sebagai Sherry Alhadad.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 17 November 1984.

3. Kediamannya terletak di Taman Melati Selangor.

4. Kini berusia 35 tahun.

5. Berdarah keturunan Terengganu (bapa) dan Sarawak (ibu).

6. Anak bongsu daripada empat adik-beradik

7. Merupakan ibu saudara kepada pelakon Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah.

8. Bekas penuntut Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati dan Akademi Seni Kebangsaan (peringkat Diploma).

9. Pemegang Ijazah Seni Persembahan Teater daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Kini berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang teater di pusat pengajian sama.

10. Bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2006.

11. Bergelar pengacara, pelakon dan pelawak.

12. Antara drama lakonannya seperti 7 Ramadan, Misiku Kuza, Suami Sebelah Rumah, Cinta 100kg, Ahli Mesyuarat Tingkap, Bas Stop dan Misteri Wan Peah.

13. Juga telefilem Sutun 2, Rampas, Seratus Harijadi, Oh My English!: Villa Isabellaaa, Nostalgila, Aku, Dia dan Tong Gas, Yam Melaram dan Hantu Rumah Sakit Jiwa.

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Kolumpo, Rembat, My Stupid Boss, Gol & Gincu Vol. 2 dan Bikin Filem.

15. Tidak ketinggalan, teater Atap Genting Atap Rumbia pada 2004.

16. Sebagai hos, beliau memegang peranan mengacarakan program Rockanova, Big Stage, Drop The Beat, Muzik Muzik, Melodi, Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), The Sherry Show dan Perang Bibir.

17. Penangan popularitinya, pengikut Instagram Sherry terus melonjak sehingga kini mencapai angka 836,000.

Foto

biodata dan latar belakang pengacara sherry alhadad 2

biodata dan latar belakang pengacara sherry alhadad 3

biodata dan latar belakang pengacara sherry alhadad 4

biodata dan latar belakang pengacara sherry alhadad 5

biodata dan latar belakang pengacara sherry alhadad 6

Kredit foto: Instagram @sherry_alhadad

Video

Kredit video: Instagram Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Kosmo

4. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)