Oleh pada 27 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

"19 Puasa: Playboys of Plestik Hitam" merupakan kesinambungan kepada karya-karya Allahyarham Mamat Khalid dalam arena filem komedi Malaysia, diteruskan oleh arahannya anaknya, Amen Khalid.

Ianya dibintangi oleh Bell Ngasri, Aziz M Osman, Joey Daud, Imuda, Sabri Yunus, Amen Khalid dan Azman Mantra.

         

19 puasa movie

Kredit foto: Instagram Aziz M Osman

         

Tayangan filem ini akan dimulakan pada 28 Mac 2024 di platform Astro First.

        

Sinopsis

Geng ponteng puasa dari Kampong Beko bertembung dengan geng serupa dari Kampong Pisang, memberikan sentuhan dramatik pada kisah ini. Dengan elemen PLOT TWIST, mereka membuat comeback yang lebih gamat.

        

19 puasa playboys of plastik hitam

Kredit foto: Instagram Mohd Sharwani Hamad Hadi

        

Dalam 19 Puasa, geng plastik hitam kembali dengan lebih meriah, kali ini geng Kampong Beko bergabung dengan geng dari Kampong Pisang untuk ber'Yak Yak Yeay'. Namun, langkah-langkah pemberantasan oleh Geng Van Jenazah diperketat untuk mematahkan usaha mereka.

        

19 puasa pelakon

Kredit foto: Instagram Astro First

        

Filem ini mengisahkan tentang Dak Ngas dan kawan-kawannya yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan untuk menutup aktiviti mereka membeli makanan dari kedai-kedai tertentu. Mereka menyembunyikan rahsia ini daripada pengetahuan keluarga masing-masing.

Ketua baru Kampung Beko melancarkan kempen anti-puasa berikutan bukti yang ditemui oleh Kumpulan Van Jenazah di bawah pimpinan YB Cip. Tindakan penutupan jalan dan lorong-lorong kampung menambahkan ketegangan kepada aktiviti 'yak yak yeay'.

        

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru (2023 / 2024), Mesti Tonton!

        

Pelakon / Cast

Dalam filem ini, pelakon-pelakon dan pelawak-pelawak tempatan yang terkenal bergabung untuk menyokong watak-watak yang dimainkan, termasuk Bell Ngasri, Aziz M Osman, Joey Daud, Amen Khalid, Azman Mantra, Yeop Hitler, Shazwani NS, TJ Isa, Dewa Sapri dan Mohd Rashid Othman.

         

tayangan 19 puasa 15 puasa

Kredit foto: Instagram Bell Ngasri

         

'19 Puasa' mengekalkan jalinan pelakon watak yang sama dengan telefilem sebelumnya, iaitu 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa.

Bersama-sama dengan itu, Imuda, Sabri Yunus dan Zainuri Misfar turut membintanginya.

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diketengahkan oleh Enjit Enjit Semut, hasil produksi ini diterajui dengan arahan kreatif oleh Amen Khalid.

        

Tarikh Tayangan

Filem televisyen ini akan dibawakan kepada penonton menerusi Astro First (saluran 480) dan di On Demand Store bermula 28 Mac 2024.

         

19 puasa astro first

Kredit foto: Instagram Bell Ngasri

         

Penayangan filem ini dilakukan secara langsung kepada pengguna melalui langganan Astro First, memudahkan penonton untuk menikmatinya tanpa mengikut saluran tradisional seperti pawagam.

        

Cara Langgan / Beli Astro First

       

Di Saluran 480

Lawati saluran 480 dan pilih tajuk filem yang ingin disewa. Tekan butang "OK" pada alat kawalan jauh. Selepas itu, pilih kaedah pembelian menerusi Whatsapp atau SMS. Masukkan kod filem yang dipaparkan di TV ke dalam aplikasi Whatsapp atau SMS.

       

Di Aplikasi My Njoi

Muat turun aplikasi My Njoi. Buka menu "filem". Pilih dan beli tajuk filem yang ingin ditonton.

        

Di On Demand

Pilih butang "Home" pada alat kawalan jauh Astro. Kemudian, pilih "On Demand". Setelah itu, pilih "Store" dan cari filem yang ingin disewa. Masukkan kod pin untuk menyudahkan pembelian.

         

Judul: 19 Puasa: Playboys of Plastik Hitam

Genre: Komedi

Durasi: 1 jam 55 minit

Platform online: Astro Go (Melalui langganan)

Lokasi penggambaran: Daerah Perak Tengah - Lambor Kanan, Bota Kanan, Parit dan Lumut

        

Kredit video: Filem 19 Puasa: Playboys of Plestik Hitam - Full Official Movie Trailer - Release Date 28 Mac 2024

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)