Biodata

Nama penuh: Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya

Nama popular: Scha Al-Yahya

Tarikh lahir: 30 Mei 1983

Umur: 36 tahun

Kelahiran: Sungai Petani, Kedah, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pelawak, pengacara, peragawati dan jurucakap produk

Media sosial: Instagram @schaalyahya

Fakta Menarik

1. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

2. Berdarah kacukan Melayu, Cina dan Hadharami.

3. Anak saudara kepada pasangan penyanyi Syed Sobrie dan Datin Sheril Aida. Juga anak saudara pelakon Usop Wilcha.

4. Bergelar pramugari syarikat penerbangan AirAsia selama dua tahun iaitu sekitar tahun 2006-2007.

5. Kemudian beliau bekerja sebagai peragawati, model iklan televisyen dan pelakon.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

7. Bakatnya dicungkil menerusi pertandingan Dewi Remaja di mana dirinya diangkat sebagai juara untuk edisi ketujuh (2005/06).

8. Antara drama lakonannya seperti Impian Illyana, Awan Dania, Jodoh, Urusan Hati Cik Drama Queen dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

9. Pembabitan dalam telefilem pula antaranya menerusi Terlalu Istimewa, Prebet Jamilah, Geisha Melayu Terakhir, Pen Merah Pen Biru dan Dilema.

10. Menerusi layar perak, Scha pernah membintangi filem Antoo Fighter, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Aku Bukan Tomboy, Awan Dania The Movie dan banyak lagi.

11. Pernah menghoskan beberapa rancangan televisyen seperti Sehati Sejiwa, Sehati Berdansa, Kata Kau, Muzik Muzik dan Gempak Superstar.

12. Mendirikan rumah tangga dengan pengacara Awal Ashaari dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya pada 4 Mei 2012. Dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Lara Alana pada 22 Julai 2014.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon scha al yahya 2

biodata dan latar belakang pelakon scha al yahya 3

biodata dan latar belakang pelakon scha al yahya 4

biodata dan latar belakang pelakon scha al yahya 5

biodata dan latar belakang pelakon scha al yahya 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Harian Metro

4. Instagram Scha Al-Yahya




Hakcipta iluminasi.com (2017)