Oleh pada 21 Apr 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro First

     

Filem Bas Terakhir Malam Raya menampilkan gandingan pelakon-pelakon popular seperti Floor 88, Syasya Rizal (Dolla), Joey Daud, Hawa Rizwana, Ropie, Amir Masdi, Dato Syafinaz Selamat, Vicha, Munaa Bella dan Bidin Al Zaifa yang akan hadir menemui penonton bermula 21 April 2023 ini di pawagam rumah anda, Astro First.

     

bas terakhir malam raya movie

Kredit foto: Instagram Bas Terakhir Malam Raya

     

Sinopsis

Filem komedi bertema hari raya ini mengisahkan sekumpulan anak muda, Kadir, Fuzi, Hamzah, Ghazali, Puad dan Che Bob, yang ingin kembali ke kampung halaman untuk merayakan Hari Raya. Namun, mereka dihadapkan dengan pelbagai halangan yang memaksa mereka mencari jalan alternatif untuk mendapatkan tiket perjalanan.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk membeli tiket dari seorang ulat tiket yang ternyata mempunyai agenda rahsia. Tanpa mereka tahu, mereka telah diculik ke suatu tempat oleh penjual tiket tersebut.

Ketika dalam perjalanan, Kadir bertemu dengan seorang penumpang misteri bernama Melati, yang mencetuskan huru-hara saat bas mengalami kerosakan. Bersama-sama, mereka berusaha untuk membaiki bas itu agar dapat meneruskan perjalanan. Keesokan paginya mereka tiba di destinasi rahsia yang penuh dengan kenangan manis - Rumah Anak Yatim Cahaya Mak Inaz.

     

Baca: 10 Filem Melayu Bertema Hari Raya Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

     

bas terakhir malam raya astro first 582

Kredit foto: Instagram Zai Hamzah , Instagram Akram Kadir , Instagram Falique Ghazali

      

Pelakon / Cast

Bas Terakhir Malam Raya dibintangi ahli-ahli kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham, Eric Fuzi, Amirul Affeq (Amir), Zai Hamzah (Achoi), Falique Ghazali (Falique) dan Akram.

Antara lain, filem itu turut diserikan dengan kehadiran Syasya Rizal (Dolla), Joey Daud, Hawa Rizwana, Amir Masdi, Datuk Syafinaz Selamat, Ropie, Vicha, Munaa Bella, Erin Malek dan Bidin Al Zaifa.

    

sinopsis bas terakhir malam raya 969

Kredit foto: Instagram Ayie Elham

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Usahasama antara Silent Kaiju Studio, Floor88 dan Motio Studio telah membawa kepada penghasilan Bas Terakhir Malam Raya. Ia diarahkan oleh Irwan Rauf dan Eric Fuzi dengan idea asal Silent Kaiju Studio dan Floor88, serta skrip yang dihasilkan oleh Zuli Ismail.

     

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Floor 88 - JOMBALIKA [Official Music Video]

     

Tajuk: Jombalika

Penyanyi: Floor 88

Komposer: Zai Hamzah

Penulis lirik: Achoi Floor 88

      

filem bas terakhir malam raya

Kredit foto: Instagram Bas Terakhir Malam Raya

     

Tarikh Tayangan

Tonton filem berdurasi 1 jam 39 minit ini di pawagam rumah anda melalui saluran 480, Astro First yang akan ditayangkan bermula 21 April 2023 ini. Caj harga RM15 akan dikenakan, memberikan akses kepada tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Sebagai pilihan alternatif, 'Bas Terakhir Malam Raya' juga boleh disewa secara dalam talian (online) melalui platform Astro Go atau On Demand.

     

Cara Langgan / Beli Astro First

     

Di Saluran 480

Lawati saluran 480 dan pilih judul filem yang ingin disewa. Tekan butang "OK" di alat kawalan jauh. Kemudian pilih cara pembelian melalui Whatsapp atau SMS. Masukkan kod filem yang terpapar di TV ke aplikasi Whatsapp atau SMS.

     

Di My Njoi App

Muat turun aplikasi My Njoi. Pergi ke menu "filem". Pilih dan beli judul filem yang ingin ditonton.

      

Di On Demand

Tekan butang "Home" di alat kawalan jauh Astro anda. Pilih "On Demand" dan pilih "Store", cari filem yang ingin disewa. Masukkan kod pin untuk melengkapkan pembelian.

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)