Oleh pada 20 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Kerana Korona merupakan sebuah filem Malaysia 2021 terbitan Astro Shaw hasil sentuhan pengarah Kabir Bhatia.

Menemui penonton saluran Astro First mulai 21 Januari 2021, karya ini dibarisi pelakon Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Shasha Abedul, Ummi Nazeera, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

   

kerana korona movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

Mengangkat tiga kisah yang berlaku ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Kisah pertama menceritakan tentang pasangan suami isteri, Zati (Rita Rudaini) dan Razman (Rashidi Ishak) yang kerap bertengkar hingga menyebabkan anaknya, Harun (Idan Aedan) menyelinap keluar secara senyap-senyap ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan negara.

Seorang lagi anak mereka, Bob (Umar Shakur) pula dalam usaha menjernihkan kembali hubungan Zati dan Razman dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik di rumah.

Kisah kedua berkisar seorang doktor bernama Janna (Ummi Nazeera) yang mengalami dilema antara tanggungjawab dan pendirian.

Manakala, kisah ketiga mengenai Leman (Jalaluddin Hassan), seorang lelaki warga emas yang degil dan sering melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Leila (Fatimah Abu Bakar) selaku jirannya selalu berasa bimbang melihatkan sikap Leman.

Dalam pada itu, Leila melalui kehidupan yang sunyi selepas sekian lama tidak berhubung dengan anak lelakinya, Razman.

Ketiga-tiga kisah ini mempunyai pertalian antara satu sama lain.

    

sinopsis kerana korona

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat termasuk Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Shasha Abedul, Ummi Nazeera, Idan Aedan, Anwaar Beg Moghal, Umar Shakur, Datuk Jalaludin Hassan dan Fatimah Abu Bakar..

    

Baca: Biodata Rita Rudaini

Baca: Biodata Shasha Abedul

Baca: Biodata Ummi Nazeera

   

kerana korona pelakon

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya daripada pengarah terkenal, Kabir Bhatia menerusi terbitan Astro Shaw.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Sempurna - Official Music Video [Kerana Korona OST]

    

Tajuk: Sempurna

Penyanyi: Megat Zahrin & Gaia Choo

Komposer: Megat Zahrin

Penulis lirik: Megat Zahrin

   

kerana korona astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Tarikh Tayangan

Memasuki tayangan Astro First (saluran 480) mulai 21 Januari 2021, selain tersedia secara strim di platform Astro Go atau On Demand.

Langgan dengan harga RM15 untuk tontonan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

   

Cara Langgan Astro First

1. Pilih filem yang ingin disewa di saluran 480.

2. Ikut langkah-langkah yang tertera di skrin televisyen.

3. Hantar kod langganan yang dinyatakan di kaca televisyen, sama ada melalui SMS ataupun Whatsapp.

    

Kredit video: KERANA KORONA - OFFICIAL TRAILER [HD]

   

Sumber:

1. Tiga Cerita Dalam Satu Harapan... Situasi Masyarakat Hadapi Pandemik COVID-19 Jadi Inspirasi Filem Kerana Korona

2. Tiga kisah kala pandemik

3. Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)