Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

     

Josiah Hogan merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri terbaharu Degup Cinta siaran slot Megadrama, Astro Ria.

Antara lain, siri arahan Shahrulezad Mohameddin itu turut membariskan pelakon Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak, Faez Nick dan ramai lagi.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Josiah Padilla Hogan. Lebih dikenali sebagai Josiah Hogan.
  • Kelahiran Kingsville, Texas, Amerika Syarikat pada 30 Ogos 1986. Membesar di Kelantan, Malaysia.
  • Berumur 34 tahun.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang.
  • Bertapak dalam dunia hiburan sejak tahun 2010 sebagai seorang pelakon, pemuzik dan pengacara.
  • Antara drama dibintanginya seperti Natrah, Kasih Alia, Isteri Untuk Diiktiraf, 30 Juzuk Cinta, Mimpi Sabrina dan Degup Cinta.
  • Termasuk telefilem Tangisan Langsuir, Disapa Izrail Kopi Dan Dia, Cinta Si Bunga Tembam, Realiti Ramadan Mike dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Penanggal, Manisnya Cinta Di Cappadoccia, KL Special Force, Wira, KL Vampires dan Paradoks.
  • Penglibatannya dalam bidang pengacaraan menerusi program Four By Four dan Strange Encounters.
  • Mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Irvine, manakala perkahwinan keduanya yang berlangsung pada 25 Mei 2013 dengan Nurul Hidayu Noordin dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Isterinya kini mengandungkan anak keempat.
  • Akaun Instagramnya yang didaftarkan atas nama @josiahhogan sehingga kini mempunyai hampir 23,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Nama Islamnya, Mohamad Musleh
  • Memeluk Islam ketika berumur empat tahun.
  • Berhijrah ke Malaysia sejak usia enam tahun.
  • Berdarah kacukan Amerika-Latin dan memiliki raut wajah Pan-Asian.
  • Fasih bertutur dalam bahasa Melayu, dialek pantai timur (Kelantan dan Terengganu) dan Inggeris.
  • Menganggotai kumpulan Maddame yang memperjuangkan genre muzik rock.
  • Berkebolehan bermain instrumen muzik gitar serta turut menyumbangkan suara dalam nyanyian.
  • Pada Disember 2016, beliau mendedahkan telah ditipu oleh sebuah studio penerbitan Hollywood yang sekaligus melenyapkan cita-citanya untuk berlakon di A.S.
  • Menyimpan impian untuk menjejaki keluarga sebelah bapanya di Mexico selepas 33 tahun terpisah.

    

Foto

josiah hogan dulu

josiah hogan

agama josiah hogan

isteri josiah hogan

pelakon degup cinta 313

wikipedia josiah hogan

instagram josiah hogan

Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

    

Video

Kredit video: Pelakon wajah Pan-Asia dah tak laku? Josiah Hogan kata tunggu tiba masa sesuai

    

Sumber:

1. Wikipedia Josiah Hogan

2. Josiah mahu jejaki keluarga bapa di Mexico

3. Josiah Hogan kumpul duit jejak keluarga di Mexico

4. Isteri Cemburu Jika Tonton lakonan Josiah Di TV

5. Josiah bosan watak wajah 'mat salih'

6. Josiah Hogan teruja nanti kelahiran anak keempat

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)