Kredit foto: Instagram Adam Shahz

    

Siapa Adam Shahz? Nor Shah Azli Abdol Ghani atau nama popularnya, Adam Shahz merupakan seorang pelakon dan bekas suami kepada pelakon Fatin Afeefa.

Beliau memainkan watak dalam filem seram terbaru adaptasi novel, Town Mall yang turut dibintangi Datuk Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana dan Nynaa Harizal.

Lagi biografi ringkas Adam Shahz dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nor Shah Azli bin Abdol Ghani.
  • Menggunakan nama komersial, Adam Shahz dan Adam Shah.
  • Kelahiran Melaka pada 6 Februari 1981. Kini berumur 39 tahun.
  • Merupakan seorang pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.
  • Antara drama dibintanginya seperti Akademi Polis, Juvana, Encik Suami Mat Salih Celup, Gerak Khas (Musim 17), Strike Back: Revolution dan Rumah Siti Khadijah.
  • Termasuk telefilem Sebelum Terlupa, Playboy Kantoi, Biarkan Cinta Tersenyum Lagi, Cekelat Semanis Honey, Jodoh Tak Salah Alamat, Vivi Si Perigi dan banyak lagi.
  • Penglibatannya di layar perak antaranya menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu, Hantu Nan Sempit, Cerita Hantu Malaysia, Dorm Melati, Geran dan Town Mall.
  • Memenangi kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi filem Juvana 2 di Festival Filem Malaysia ke-28 pada 2016.
  • Berkahwin dengan aktres Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017. Perkongsian hidup itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia.

    

Fakta Menarik

  • Memulakan karier seni sejak tahun 2008 dengan memainkan watak kecil dalam siri Akademi Polis yang bersiaran di TV9.
  • Menempa populariti menerusi watak Ayam yang dilakonkan menerusi drama bersiri Juvana tayangan TV3 yang turut menampilkan Zahiril Adzim, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.

    

Baca: Biodata Pelakon Fatin Afeefa

    

Foto

adam shahz

adam shahz wikipedia

fatin afeefa

suami fatin afeefa

fatin afeefa adam shahz

adam shahz ig 327

fatin afeefa suami

fatin afeefa kahwin

Kredit foto: Instagram Adam Shahz

    

Video

Kredit video: EKSKLUSIF!! Majlis Perkahwinan Adam Shahz & Fatin Afeefa

    

Sumber:

1. “Berbaik sebab anak, bukan cari publisiti murahan” - Adam Shahz ulas hubungan dengan bekas isteri

2. Anak lelaki Fatin Afeefa tidak ada kaitan dengan Adam Shahz!

3. Wikipedia Adam Shahz

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)