Oleh pada 31 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Petaka: Syurga Ini Milikmu merupakan sebuah filem Malaysia 2021 hasil sentuhan pengarah Azhari Zain dengan penampilan Azman Ahmad, Nabila Huda, PU Azman dan Danish Danieal (Coki) sebagai pelakon.

Karya terbitan produksi Arie Zaharie Production Sdn Bhd dan AA Success Pictures Sdn. Bhd ini bakal ditayangkan di saluran pawagam rumah, Astro First mulai 4 Februari 2021.

   

sinopsis petaka

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Sinopsis

Mengisahkan seorang pemuda yang lurus dan naif bernama Sham yang berusaha mencari punca pendapatan untuk menyara keluarga.

Dalam masa sama, dia berhasrat untuk mendapatkan kembali rumah pusaka peninggalan arwah bapanya.

Peluang pendapatan besar dengan bekerja sebagai seorang pemandu lori untuk kerja-kerja penghantaran menarik minatnya.

Namun dia tidak dibenarkan sama sekali untuk melihat barang-barang yang dihantar, sehinggalah satu hari dia melanggar syarat berkenaan dan menyedari sesuatu yang tidak diketahui selama ini.   

   

petaka movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon

Dibintangi Azman Ahmad, Nabila Huda, Danish Danieal (Coki), PU Azman, Wan Maimunah, Jaja Iliyes dan Zali Shuhali.

   

Baca: Biodata Nabila Huda

Baca: Biodata Danish Daniel (Coki)

Baca: Biodata PU Azman

Baca: Biodata Jaja Iliyes

   

petaka astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Azhari Zain, terbitan bersama Arie Zaharie Production Sdn Bhd dan AA Success Pictures Sdn Bhd.

   

petaka

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Tarikh Tayangan

Menemui peminat filem melayu di saluran Astro First (saluran 480) bermula 4 Februari 2021 dengan harga RM15 untuk siaran selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Juga boleh didapati di platform digital iaitu secara strim di Astro Go dan On Demand.

    

Cara Langgan Astro First

1. Pergi ke saluran 480 dan pilih filem yang ingin ditonton.

2. Langkah-langkah mudah tertera di skrin televisyen.

3. Kod langganan yang dinyatakan perlu dihantar dengan menggunakan perkhidmatan SMS atau Whatsapp.

   

Kredit video: PETAKA (Di Sebalik Tabir)

   

Kredit video: PETAKA TRAILER OFFICIAL

   

Sumber:

1. Petaka jadi keldai dadah

2. Petaka kisah keldai dadah

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)