Biodata

Nama penuh: Nor Atiqa binti Noor Azraff

Nama popular: Kaka Azraff

Tarikh lahir: 20 Mei 1989

Umur: 30 tahun

Kelahiran: Klang, Selangor, Malaysia 

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan pengacara

Media sosial: Instagram @kakaazraff

Fakta Menarik 

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

2. Anak saudara kepada penyanyi rock wanita yang mendapat jolokan nama 'Ratu Rock Negara', Ella. Namun beliau enggan menumpang populariti wanita itu, sebaliknya ingin membina nama dengan keupayaan bakat sendiri.

3. Memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.

4. Mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff yang juga seorang usahawan pada 14 Disember 2018.

5. Mula mencipta nama menerusi lagu Bawaku Pergi ciptaan Malique, duet bersama penyanyi dan pelawak, Zizan Razak. Kejayaan single itu membawa kepada kelahiran sebuah lagi lagu kolaborasi antara mereka berjudul Infiniti Cinta pada tahun 2013.

6. Selain itu, Kaka pernah merakamkan single Terpulanglah (OST Lara Terindah), Perjalanan (bersama Sleeq), Bukan Hal Aku (feat. Sleeq), Terima Kasih, Ada JalanNya (feat. Awi Rafael), Sibuk (feat. Alif) dan Getaway (bersama Maya Karin).

7. Pernah membintangi filem Aliff Dalam 7 Dimensi, Interchange, Paradoks dan Zharfa The Movie.

8. Pembabitannya dalam drama menerusi Dunia Generasi Baru, Plan Cinta Tak Jadi, Inai Yang Hilang dan Hijrah Cinta, Kerana Dia. Termasuk telefilem Kesempatan Kedua dan Rama-Rama.

9. Beliau yang bergandingan dengan penyanyi Awi Rafael dalam pertandingan nyanyian Duo Star berjaya merangkul trofi naib juara. 

10. Menyahut cabaran menyertai rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua, bergandingan dengan aktor Johan As'ari, begitupun hanya mampu bertahan sehingga episod kesepuluh.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi kaka azraff 2

biodata dan latar belakang penyanyi kaka azraff 3

biodata dan latar belakang penyanyi kaka azraff 4 309

biodata dan latar belakang penyanyi kaka azraff 5

biodata dan latar belakang penyanyi kaka azraff 6

         

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Kosmo 

4. Instagram Kaka Azraff




Hakcipta iluminasi.com (2017)