Kredit foto: Instagram Hazman Al-Idrus

    

Syed Muhammad Hazman Syed Yusof Al-Idrus atau nama popularnya, Hazman Al-Idrus merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.

Beliau meniti populariti selepas menjadi salah seorang peserta program realiti TV Indonesia, D'Academy Asia musim pertama pada tahun 2015.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Syed Muhammad Hazman bin Syed Yusof Al-Idrus. Menggunakan nama komersial, Hazman Al-Idrus.
  • Kelahiran Kuala Terengganu, Malaysia pada 15 Ogos 1988. Berumur 32 tahun.
  • Penyanyi dan pelakon yang mula menceburi bidang seni sejak tahun 2012.
  • Berkelulusan dalam jurusan Diploma Teknologi Elektronik Komputer.
  • Pernah mewakili Malaysia sebagai peserta pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti di Indonesia iaitu D'Academy Asia musim pertama pada 2015.
  • Kerjaya lakonannya bermula di Indonesia apabila diberi peluang memegang peranan utama dalam dua buah telefilem.
  • Lain-lain drama dibintanginya termasuk Kekasih Paksa Rela, Tak Ada Cinta Sepertimu, Cinta Bukan Kristal, Aku Hanya Butuh Maaf Anakku, Jodoh Ditangan Ilahi, Salam Squad dan banyak lagi.
  • Bakal muncul dalam drama Rindu Yang Terindah, slot Samarinda TV3 yang antara lain dibintangi Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Nazrief Nazri, Tunku Affie Rania, Wanna Ali, Shahz Jaszle dan ramai lagi.

    

Fakta Menarik

  • Berketinggian 180 sentimeter.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga pada tahun 2000, SMK Chung Hwa Wei Sin (2003) dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu (2005).
  • Menyambung pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah.

    

Foto

hazman al idrus

hazman al idrus 491

drama rindu yang terindah

ibu hazman al idrus 226

biodata hazman al idrus

hazman al idrus instagram

Kredit foto: Instagram Hazman Al-Idrus

    

Video

Kredit video: Hazman Al-Idrus & Evi Masamba | Cinta Kita (Cover) Havi

     

Sumber:

1. Wikipedia Hazman Al-Idrus

2. h Live! eksklusif bersama Hazman

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)