Oleh pada 16 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Drama bersiri Rindu Kasih bakal menjadi naskhah seterusnya yang akan disiarkan di slot Samarinda selepas tayangan siri, Suri Hati, dengan menggabungkan pelakon popular antaranya Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Amyza Aznan, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Bakal bersua menemui penonton di saluran TV3 bermula 16 November 2022.

sinopsis rindu kasih

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Ringkasan - Teringin untuk bertemu dan mengenali ibunya yang merupakan banduan, Salina (Ummi Nazeera) sanggup melakukan kesalahan yang akan menyebabkan dia ditangkap pihak berkuasa dan dimasukkan ke dalam penjara.

Sinopsis - Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan bersama anak mereka, Salina (Ummi Nazeera) yang berusia beberapa bulan. Untuk menyara anak kecilnya, Khalid terpaksa bekerja.

Khalid membesarkan Salina seorang diri dan merahsiakan tentang Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah.

Zamani (Nik Ramly) meminta Amir (Izzue Islam) memanggil Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya di mana Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah (Fazlina Ahmad Daud) untuk mengahwinkan Amir dengan Salina.

Amir akur menikahi Salina kerana amanah ayahnya, walaupun tanpa restu si ibu. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina dan Amir.

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rindu Kasih Musim 2 (Slot Samarinda TV3)

Baca: Sinopsis Penuh, 'Ending', Senarai Pelakon Drama Berepisod Rindu Kasih Musim 1 (Slot Samarinda TV3)

        

drama rindu kasih

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Menggandingkan barisan pelakon terkenal seperti Ummi Nazeera yang menggalas watak Salina, Izzue Islam sebagai Amir, Nafiz Muaz sebagai Hisham, Amyza Aznan sebagai Shida dan Ezzaty Abdullah sebagai Murni.

Turut serta bagi menyokong watak sampingan ialah Ikhwan Khairudin, Shazia Rozaini, Meor Mohd, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Ayu Azlina, Fariza Shafinaz, Nik Ramly, Iskandar Shah, Yamin Abu Bakar, Elly Suhaili, Siti Rohani Dollah dan Hairi Ab Ghani.

Watak Pelakon

Izzue Islam sebagai Amir

Ummi Nazeera sebagai Salina

Nafiz Muaz sebagai Hisham

Ezzaty Abdullah sebagai Murni

Amyza Aznan sebagai Shida

Shazia Rozaini sebagai Huda

Meor Mohd sebagai Iqbal

Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda

Arash Mohd sebagai Khalid

Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah

Ayu Azlina sebagai Siti

Nik Ramly sebagai Zamani

Iskandar Shah sebagai Amin

Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah

Yamin Abu Bakar sebagai Supri

Elly Suhaili sebagai Sofia

Siti Rohani Dollah sebagai Tini

Hairi Ab Ghani sebagai Kamil

rindu kasih tv3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan produksi P&D Pictures Sdn Bhd, ia diterajui oleh pengarah Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya). Ditulis bersama oleh penulis K. Adlie dan Shaza Talib.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Seandainya

Penyanyi: Ariff Bahran

Komposer: Ariff Bahran, Ibnu Rinkarnaen

Penulis lirik: Ariff Bahran, Zack Merican, Ibnu Rinkarnaen

Kredit video: Retak - Aqeesh Aleeya | Official Music Lirik

   

Tajuk: Retak

Penyanyi: Aqeesh Aleeya

Komposer: Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Firdaus Rahmat & Arisz Ab Rahman

rindu kasih episod

Episod 1 Rindu Kasih (karya bukan adaptasi novel) bakal menemui penonton pada 16 November 2022. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Waktu Siaran

Saksikan Rindu Kasih, drama bersiri 15 episod dalam slot Samarinda, bersiaran mulai 16 November 2022 dengan episod baharu pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam, di saluran TV3.

Strim dan tonton secara dalam talian (online) eksklusif di platform Disney+ Hotstar.

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Rindu Kasih




Hakcipta iluminasi.com (2017)