Kredit foto: Instagram Wanna Ali

    

Wanna Ali merupakan antara pelakon yang bakal membintangi drama bersiri terbaharu, Seindah Tujuh Warna Pelangi adaptasi novel karya E-Man Sufi di slot Akasia TV3, mulai 24 Februari ini.

Antara lain, siri arahan Eoon Shuhaini itu dijayakan Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Riz Amin, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

    

Biodata Wanna Ali

1. Nama sebenarnya, Nor Syazwana binti Mohd. Ali. Menggunakan nama komersial, Wanna Ali.

2. Kelahiran Kuala Lumpur.

3. Berumur 23 tahun (2020).

4. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

5. Merupakan pelakon, penyanyi dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

6. Antara lagu dipopularkannya termasuk Lepaskan, Stop Kamu, Tak Mengapa dan Jika Kau Benar.

7. Lakonannya menerusi drama Abang Lori Ohsem, Seindah Tujuh Warna Pelangi dan Gerak Khas dalam episod 'Kilau Kota' dan 'Jerat Anita'. Termasuk telefilem Khilafkan Aku dan Papa Sayang.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Aku Ada Kau Ada, Tokan, Bo-Peng dan Ada Apa Dengan Dosa.

9. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @wannaali_ sehingga kini sudah mencatatkan lebih 55,000 pengikut.

      

Fakta Menarik

  • Anak kepada penerbit filem, Datin Normashayu Puteh.
  • Memulakan karier nyanyian sejak berusia 15 tahun.
  • Pernah digosipkan bercinta dengan pendakwah PU Riz Ismail dan Megat Jufri Nasrullah (anak produser Datuk Ziela Jalil).
  • Selain bergiat dalam dunia seni, beliau turut mengendalikan perniagaan tudung dan bantal milik keluarga.

        

Baca: 10 Fakta Pelakon Wanna Ali Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Angkara Cinta Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

wanna ali

wanna ali ig

wanna ali wikipedia

wanna ali kahwin

drama seindah tujuh warna pelangi

sinopsis seindah tujuh warna pelangi

wanna ali age

ayu puteh

Kredit foto: Instagram Wanna Ali

    

Video

Kredit video: WANNA ALI - Nona (2019) | Episod 25

   

Sumber:

1. Wikipedia Wanna Ali

2. Wanna Ali - Nona (2019) | Episod 25

3. Gosip cinta bukan untuk tutup aib - Wanna Ali

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)