Oleh pada 05 Sep 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Menerusi slot Samarinda, siri drama suspen thriller terkini hasil keluaran Zeel Production, "Pemburu Rahsia," bakal menguasai layar dengan kehadiran watak-watak utama lakonan Adam Lee, Datin Intan Najuwa dan Scha Elinnea.

        

sinopsis pemburu rahsia

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Arahan daripada Feroz Kader ini akan menggantikan siri drama "Aku Yang Kau Sakiti" dalam slot masa tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran TV3.

         

Sinopsis #PemburuRahsia

Satu nyawa melayang, seribu rahsia tersembunyi! Pada Malam Seluhur Kasih, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh media sosial yang terkenal di Sekolah Tengku Karim, ditemui mati di kolej, membawa bersama misteri yang sedia untuk dilerai...

Mangsa dilaporkan mengambil keputusan untuk mengakhiri riwayat hidupnya dengan melompat dari tingkat 7 bangunan kolej itu. Kehidupannya dikhabar berakhir akibat tekanan hebat yang dialami sebagai mangsa buli yang kejam di platform media sosial. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa dikatakan sempat membuat siaran 'live' di akaun media sosial sambil menangis.

Adakah kematian mangsa merupakan kes bunuh diri atau mungkin ada unsur pembunuhan yang terlibat? Beberapa suspek yang disyaki terbabit dalam insiden itu telahpun dikenalpasti. Sementara, kakak tiri Damia, Alia, kembali dari Sunderland bagi menyiasat sendiri kes berkenaan.

Alia kemudian menerima mesej peribadi daripada akaun media sosial yang tidak dikenali, dan dia memilih untuk respon mesej tersebut serta cuba mencari tahu apa yang sedang berlaku. Keadaan menjadi semakin tegang apabila seorang pembunuh misteri muncul dengan niat untuk membalas dendam atas kematian Damia. Apakah yang akan berlaku selanjutnya? Siapa pembunuh misteri itu dan rahsia apakah yang bakal terungkap?

       

Baca: Biodata Raff Roslee, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

Baca: Biodata Kimberly Chuah, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

Baca: Biodata Raden Zaharatul, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)

         

drama pemburu rahsia 689

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Pelakon / Cast

"Pemburu Rahsia" mengangkat wajah-wajah terkenal yang mendapat tempat di hati penonton drama, termasuk yang semakin bersinar dalam industri lakonan tempatan seperti Intan Najuwa, Adam Lee, Scha Elinnea, Kimberly Chuah, Muaz Zabir, Fariz Isqandar, Raff Roslee, Raden Zaharatul, Haliza Misbun, Zarul Umbrella, Azri Iskandar, Lydiawati, Silfeny Osman, Sefik Khair, Dina Allysha, Royce Iqram, Izzul Faiq, Jesse Lim, Kween Keela dan Adwafri Shah.

        

Watak Pelakon

Adam Lee sebagai Waiz Mikael

Intan Najuwa sebagai Aliya

Scha Elinnea sebagai Marissa Damia Nordin

Kimberly Chuah sebagai Elijah

Raden Zaharatul sebagai Bella

Fariz Isqandar sebagai Hakimy

Muaz Zabir sebagai Ikmal

Raff Roslee sebagai Syaqir

Haliza Misbun sebagai Suraya

Kween Keela sebagai Nadine Ahmad

Adwafri Shah sebagai Qayyum

         

pelakon pemburu rahsia 4

Kredit foto: Instagram Raff Roslee

          

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri ini dikeluarkan oleh Zeel Production Sdn Bhd dengan pimpinan arahan oleh sutradara terkenal, Feroz Kader dan adalah hasil nukilan skrip oleh penulis Marr Mohamad.

          

Lagu Tema (OST)

Kredit video: PEMBURU RINDU - RAHMAD MEGA [OFFICIAL LYRIC VIDEO OST PEMBURU RAHSIA]

       

Tajuk: Pemburu Rindu

Penyanyi: Rahmad Mega

Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito

Penulis lirik: Mas Dewangga, Jova Devito

          

pemburu rahsia episod 944

Pemburu Rahsia adalah sebuah naskhah bukan adaptasi novel. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Waktu Siaran

Naskhah bersiri #Pemburu Rahsia akan tiba di slot Samarinda pada 5 September 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam dengan keseluruhan sebanyak 15 episod. Jika anda terlepas menonton di televisyen, anda masih berpeluang menyaksikannya melalui perkhidmatan penstriman video di bawah Media Prima, Tonton. Kini, sokongan untuk aplikasi Android TV juga telah ditambah.

          

Tajuk cerita? #PemburuRahsia

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

         

Kredit video: Saksikan #PemburuRahsia Bermula 10 Malam Ini Di TV3!

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)