Biodata

1. Nama penuhnya, Ahmad Redza bin Rosli.

2. Kelahiran Subang Jaya, Selangor, Malaysia pada 18 Mac 1992. Kini berusia 27 tahun.

3. Berketinggian 1.81 meter.

4. Warganegara Malaysia.

5. Periuk nasinya dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan model.

6. Bertapak dalam industri sejak 2009.

7. Terjun ke bidang seni secara kebetulan selepas menerima tawaran ketika menemani rakannya di lokasi penggambaran drama Kamelia Katrina pada 2009.

8. Antara produk drama hasil lakonannya seperti Tanah Merah, Antidot, Stella, Puteri Bukan Nama Sebenar, M.A.I.D, Kak Marr, Seindah Takdir Cinta, Amsyar, Meh Sandar Pada Aku, Ku Kirim Cinta, Isteri Untuk Diiktiraf, Plan Cinta dan Leftenan Zana.

9. Mengukuhkan kedudukan diri menerusi pembabitan dalam telefilem Nama Aku Beng, Hantu Selfie, Jalan Singkat ke Syurga, Hantu Wefie, Kubur Berdarah, Mek Kelate, Batu Nisan Ibu, Ustaz Baru Nak Start, Di Pintu Syurga, Fatonah Azali, Astana Firdaus, Janin, Suluhkan Aku Cahaya dan banyak lagi.

10. Masa diambil sebelum bakatnya akhirnya diiktiraf sebagai pemenang di Anugerah Telenovela 2017 dalam kategori Pelakon Lelaki Baru Terbaik menerusi drama Seindah Takdir Cinta.

11. Menyentuh sisi peribadi, beberapa laporan gosip mengatakan Redza kini sedang hangat menyulam cinta dengan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat.

12. Terbabit dalam kemalangan jalan raya pada akhir 2015 hingga mengalami kecederaan luka di bahagian muka, tangan dan kaki, manakala keretanya rosak teruk.

13. Hujung 2016, tulang belakangnya pula cedera sewaktu penggambaran telefilem Cikgu Dina Pakai Prada di sebuah sekolah.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon redza rosli 2

biodata dan latar belakang pelakon redza rosli 3

biodata dan latar belakang pelakon redza rosli 4

biodata dan latar belakang pelakon redza rosli 5

biodata dan latar belakang pelakon redza rosli 6

Kredit foto: Instagram Redza Rosli

Video 

Kredit video: Youtube Mstar Online

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)