Oleh pada 21 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Nur merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 di bawah arahan Shahrulezad Mohameddin dan dibintangi oleh Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Riena Diana, Raja Atiq serta ramai lagi.

Drama 19 episod yang pernah ke udara pada pertengahan tahun 2018 ini akan kembali menemui penonton mulai 21 April 2020 di slot Samarinda TV3.

     

drama nur

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Sinopsis

Adam (Syafiq Kyle), anak kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaluddin Hassan) menempa nama di media sosial kerana rupa paras kacak yang dimilikinya.

Untuk menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah, Adam menggunakan khidmat kakaknya, Aisyah (Noorkhiriah) sebagai pengurus.

Suami Aisyah iaitu Syed Hamadi (Azhan Rani) merupakan seorang ustaz yang munafik yang menggunakan pangkat pengetua yang dipegangnya di Rumah Anak Yatim Darul Mukhsin untuk menyeleweng wang sekolah itu.

Nur (Amyra Rosli) pula anak seorang pelacur, Mona (Laila Nasir) yang ingin keluar daripada kegelapan hidupnya.

Adam yang bakal dijodohkan dengan Qhadeeja (Riena Diana) bagaimanapun memilih Nur sebagai teman hidup kerana melihat keikhlasan dan ketaqwaan wanita itu yang ingin berubah.

Namun kehadiran Nur sebagai isteri Adam mengundang rasa benci Aisyah apabila nama keluarga mereka tercemar dan karier Adam selaku ustaz selebriti terjejas kerana status isterinya.

Aisyah mengatur rancangan untuk memisahkan Nur dan Adam, manakala Hamadi meletakkan sihir perpisahan antara mereka, selain memasang niat untuk 'meratah' tubuh Nur.

    

nur episod

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Pelakon

Gandingan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli dibantu barisan para pelakon seperti Raja Atiqullah, Riena Diana, Azhan Rani, Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar, Mathni Razak, Datuk Jalaluddin Hassan, Kuna Muzani, Laila Nasir, Zaidi Omar dan Jijie Zainal.

     

Baca: Biodata Pelakon Syafiq Kyle

Baca: Biodata Pelakon Amyra Rosli

Baca: Biodata Pelakon Raja Atiqullah

Baca: Biodata Pelakon Riena Diana

Baca: Biodata Pelakon Azhan Rani

Baca: Biodata Pelakon Noorkhiriah

Baca: Biodata Pelakon Mathni Razak

    

pelakon drama nur

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada sutradara Shahrulezad Mohameddin yang menggunakan nama panggilan 'Budak Ijat', Beliau pernah meledak menerusi arahannya dalam drama Nur 2, Cari Aku Di Syurga, Adellea Sofea, Sutun dan Sindarela.

Karya ini diterbitkan oleh syarikat Radius One.

    

Kredit video: OST NUR - Tak Pernah Hilang (AMYLEA X KAER) Official Music Video

    

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tak Pernah Hilang

Penyanyi: Amylea X Kaer

Komposer: Farouk Roman

Lirik: Amylea

     

nur 1

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Waktu Siaran

Kembali menghangatkan layar kaca menerusi siaran ulangan yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 21 April 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

     

Kredit video: HIGHLIGHT : Nur Episod 1

     

Sumber:

1. Drama Nur 'trending' biarpun dipalit kontroversi

2. HIGHLIGHT : Nur Episod 1

3. Wikipedia Nur

4. Wikipedia Slot Samarinda

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)