Oleh pada 13 Feb 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

          

Sebahagian daripada pengisian slot Samarinda, siri Rindu Kasih Musim 2 akan mula ditayangkan di saluran TV3 pada 13 Februari 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam, menggantikan siri Menanti Senja.

        

rindu kasih 2 pelakon

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Sinopsis

'Rindu Kasih 2' mengisahkan tentang Salina (Umi Nazeera) yang, selepas dibebaskan dari penjara, menghadapi dugaan hidup yang lebih mencabar. Perkelahian dengan bekas suaminya, Amir (Izzue Islam) yang masih berharap pada kasih sayangnya dan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak sulung mereka, Fayad (Dzul Hadziq), mencipta tekanan yang berat. Salina berusaha untuk mengelakkan diri daripada Amir, yang kini dalam keadaan tidak terurus dan tingkah lakunya menyerupai orang gila talak.

Tekanan hidup Salina bertambah ketika ibu mentuanya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) keluar dari penjara selepas enam tahun. Halijah dan Pak Hassan (orang suruhan Halihah), sebelumnya dipenjara atas tuduhan menyebabkan kematian bapa Salina, Pak Khalid.

Salina turut mendapati dirinya berhadapan dengan tuduhan terlibat dalam hubungan sulit dengan Hisyam (Nafiz Muaz), menimbulkan keadaan tegang dalam hubungan antara Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah).

Situasi semakin sukar. Fayad, yang kini berusia 7 tahun, menghadapi masalah jantung dan kos perubatan yang tinggi menambah beban kewangan Salina.

Salina, sebagai bekas banduan dan seorang ibu tunggal, berterusan berdepan dugaan mencabar. Meskipun kuat, dia terasa lemah dan putus asa jika melibatkan anaknya. Dalam kesunyian dan penderitaannya, Salina melalui perjalanan kesukaran seorang diri, sambil menyembunyikan rasa benci, marah dan kesal dalam hatinya.

Jangan terlepas untuk menonton Rindu Kasih 2, sambungan perjalanan hidup Salina dan Amir yang penuh drama ini.

       

Baca: Sinopsis Penuh, 'Ending', Senarai Pelakon Drama Berepisod Rindu Kasih Musim 1 (Slot Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar)

        

rindu kasih 2 episod

Kredit foto: Instagram Meor Mohd

         

Pelakon / Cast

'Rindu Kasih 2' di slot Samarinda menyajikan gandingan Ummi Nazeera bersama aktor Izzue Islam.

          

sinopsis rindu kasih 2

Rindu Kasih 2 bukanlah hasil adaptasi daripada mana-mana karya novel. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

         

Pada masa yang sama, menjalankan peranan sampingan adalah barisan aktor hebat yang sudah dikenali dalam dunia seni drama Melayu, seperti Nafiz Muaz, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Shazia Rozaini, Mimi Ernida dan Dzul Hadziq.

          

Watak Pelakon

Ummi Nazeera sebagai Salina

Izzue Islam sebagai Amir

Nafiz Muaz sebagai Hisham

Fazlina Dato Ahmad Daud sebagai Halijah

Ezzaty Abdullah sebagai Murni

Meor Mohd sebagai Iqbal

Mimi Ernida sebagai Rita

Dzul Hadziq sebagai Fayad

Shazia Rozaini sebagai Huda

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya ini dikeluarkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd dan diterajui oleh pengarah Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya). Skripnya dihasilkan melalui penulisan bersama oleh penulis K. Adlie dan Shaza Talib.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SIA - SHAZREEN SHAHARUM [ RINDU KASIH 2]

        

Tajuk: Sia

Penyanyi: Shazreen Shaharum

Komposer: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh

Penulis lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh

        

rindu kasih 467

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Waktu Siaran

Drama Rindu Kasih 2 berjalan selama 20 episod dalam slot Samarinda di TV3, bersiaran dari 13 Februari 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan juga boleh ditonton di iQIYI.

Bagi pelanggan VIP, akses tontonan akan diberikan dalam tempoh 1 jam selepas tayangan perdana di TV3, sementara pengguna percuma boleh menikmatinya selepas 48 jam dari tayangan di televisyen.

        

Tajuk cerita? Rindu Kasih 2

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, iQIYI

        

Kredit video: Mesej untuk apa? | Rindu Kasih 2 Episod 1 - 3 | iQIYI Malaysia

       

Kredit video: Trailer | Rindu Kasih 2 | iQIYI Malaysia | Tarikh Mula Tayang 13 Februari 2024

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)