Oleh pada 27 May 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Drama "Khilaf Yang Tertulis" dihasilkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd adalah tontonan terkini dalam slot Samarinda TV3 dengan kehadiran pelakon-pelakon terkenal seperti Fasha Sandha, Fadlan Hazim, Puteri Balqis, Ashraf Muslim dan Danish Hazriq.

        

khilaf yang tertulis drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Bukan diadaptasi daripada novel, drama ini adalah cerita asal yang ditulis khusus untuk siri televisyen.

Secara ringkasnya, ia berkisarkan seorang ibu dan isteri yang penyayang, terjebak dalam dunia media sosial, mengabaikan keluarganya, sehingga membuka peluang kepada orang ketiga yang menggoncang keharmonian rumah tangganya, serta membebankan anak-anaknya dengan akibat daripada perbuatannya.

        

Sinopsis

"Khilaf Yang Tertulis" mengisahkan tentang Misha, seorang ibu dan isteri yang hidup mewah namun berasa kesepian. Akibat kesibukan suaminya, Firdaus, seorang jurutera di syarikat pelantar minyak, Misha mula mencari hiburan di dunia maya dan media sosial. Kesetiaan Misha tergugat ketika dia semakin kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada Firdaus, yang sering berada di laut dan hanya pulang seminggu selepas berbulan-bulan bekerja. Dalam masa itu, Misha mula menjalin hubungan dengan Nordin, tempat dia meluahkan rasa kesepiannya. Misha terlalu asyik dengan hubungan itu hingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada tiga orang anaknya, Yana, Rizal dan Aman. Akibat kelalaiannya, anak-anaknya terpaksa menanggung beban daripada kesalahan ibunya.

Drama ini menggambarkan konflik dalam sebuah keluarga akibat kehadiran lelaki penyondol yang menambah kekusutan dalam hubungan mereka.

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat (Slot Akasia TV3)

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (TV3) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Untuk Sekali Lagi (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla - Viral Di Viu Malaysia!

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

       

khilaf yang tertulis episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Pelakon / Cast

Dengan kehadiran pelakon-pelakon terkenal tempatan, mereka memberikan sokongan kepada watak-watak yang dimainkan, seperti Fasha Sandha, Fadlan Hazim, Puteri Balqis dan Danish Hazriq.

        

khilaf yang tertulis sinopsis

Khilaf Yang Tertulis akan menggantikan siri Racun Rihanna di slot Samarinda. Kredit foto: Instagram Fadlan Hazim

        

Ditambah lagi dengan lakonan mantap daripada barisan bintang-bintang drama tempatan seperti Ashraf Muslim, Chacha Maembong, Rafique Iskandar, Zamarul Hisham, Syazuwan Hassan dan RJ Helmi.

        

Watak Pelakon

Fasha Sandha sebagai Misha

Fadlan Hazim sebagai Nordin

Puteri Balqis sebagai Yana

Ashraf Muslim sebagai Amir

Chacha Maembong sebagai Sofia

Danish Hazriq sebagai Rizal

Rafique Iskandar sebagai Aman

Zamarul Hisham sebagai Firdaus

Syazuwan Hassan sebagai Kamal

RJ Helmi sebagai Abang Sur

Zanna Hazmi sebagai Madam Lily

Illey Mohtada sebagai Madam Jenny

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan dua pengarah berpengalaman dalam industri produksi drama, Jamal Khan dan Riza Baharudin, serta dengan bantuan penulis skrip Moonamka dan Chinta Nadessha (PGR's Team), naskhah ini diproduksi oleh syarikat Saphire Screen Sdn Bhd.

       

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Sebenar

Penyanyi: Puteri Khareeza

Komposer: Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Firdaus Rahmat

         

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Drama ini, sebanyak 15 episod, akan menemui penonton di saluran TV3 bermula 27 Mei 2024 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot Samarinda.

Episod baharu akan disiarkan di Tonton dengan jadual 24 jam lebih awal daripada kaca TV.

        

khilaf yang tertulis pelakon

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

         

Tajuk cerita? Khilaf Yang Tertulis

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)