Oleh pada 18 Feb 2025 kategori

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

       

Menjadi sebahagian daripada slot Samarinda TV3, 'Teratak Kasih Salina' meneruskan legasi Rindu Kasih dalam musim ketiga, yang akan mula bersiaran pada 18 Februari 2025.

        

rindu kasih 3 last episode cast of full

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Penceritaan ini diserikan dengan lakonan mantap Ummi Nazeera, Aqasha, Fazlina Ahmad Daud dan Luqman Hafidz, yang memegang peranan utama dalam menghidupkan kisah baharu ini.

        

Sinopsis

Selepas fenomena Rindu Kasih 2 melabuhkan tirainya, kisah ini meninggalkan penonton dalam lautan emosi yang bergelora. Episod akhir yang penuh kejutan menyaksikan Salina dihumban ke jurang kesedihan apabila kehilangan dua insan tersayang sekaligus — anaknya, Fayyad dan suaminya, Amir. Sementara itu, Hisyam ditangkap polis, manakala Murni terpaksa membuat keputusan besar dalam hidupnya — memfailkan fasakh demi kebebasan.

        

teratak kasih salina episod

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

        

Teratak Kasih Salina mengisahkan tentang Salina, yang terpalit dengan derita, bangkit dari luka silam dengan azam baru. Berbekalkan wang peninggalan Amir, dia nekad membina sebuah rumah perlindungan, Teratak Kasih Salina, khusus untuk membantu gadis-gadis yang tersasar dalam kehidupan, untuk memberi mereka peluang kedua bangkit dari kejatuhan. Namun, ketenangan yang diimpikannya tidak datang dengan mudah.

Di sudut lain, Halijah masih terperangkap dengan trauma dan kehilangan. Sejak Amir pergi, ingatannya mula pudar dan hidupnya dibayangi kekosongan. Iqbal dan Huda yang tidak mampu menjaganya terpaksa merayu bantuan daripada satu-satunya orang yang mungkin dapat membantu — Salina, balu kepada Amir. Namun, luka lama masih berdarah. Dendam Halijah terhadap Salina tidak pernah padam dan dia nekad ingin menjatuhkan wanita itu walau dengan apa cara sekalipun.

Dalam pergelutan emosi dan perebutan kuasa, muncul kisah Abdullah, pemilik Golden Seahorses Sdn Bhd. Bekas menantunya, Qassim, menjadi kepercayaannya — lelaki yang dianggap seperti anak sendiri. Namun, kasih sayang ini menyalakan api cemburu dalam diri Faqeh, yang tekad menjatuhkan Qassim dengan fitnah keji. Tuduhan dilemparkannya, menggambarkan Qassim sebagai lelaki jalang yang hanyut dalam godaan perempuan kelab malam.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 (2024 / 2025) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rindu Kasih Musim 1 (Slot Samarinda TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rindu Kasih Musim 2 (Slot Samarinda TV3)

Baca: Sinopsis Penuh, 'Ending', Senarai Pelakon Drama Berepisod Rindu Kasih Musim 1 (Slot Samarinda TV3)

         

teratak kasih salina drama

Kredit foto: Instagram P&D Pictures

         

Pelakon / Cast

Ummi Nazeera, Aqasha, Fazlina Ahmad Daud dan Luqman Hafidz tampil, memegang watak-watak utama yang menjadi tulang belakang drama ini.

         

teratak kasih salina sinopsis

Slot Samarinda TV3 diteruskan dengan naskhah segar yang bukan adaptasi novel, mengambil alih ruang siaran yang ditinggalkan oleh Akad Yang Terlindung. Kredit foto: Instagram P&D Pictures

         

Kisah ini menjadi lebih hidup dengan watak-watak sampingan yang digayakan oleh Fazlina Ahmad Daud, Luqman Hafidz, Hasnul Rahmat, Mimi Ernida, Meor Mohd, Erin CTJ, Shazia Rozaini, Nina Smith, Khalida Balqis, Haleeda, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah dan Amyza Aznan.

       

Watak Pelakon

Ummi Nazeera sebagai Salina

Aqasha sebagai Qassim

Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah / Mak Jah

Luqman Hafidz sebagai Faqeh

Hasnul Rahmat sebagai Abdullah

Meor Mohd sebagai Iqbal

Mimi Ernida sebagai Rita

Erin CTJ sebagai Bella

Shazia Rozaini sebagai Huda

Khalida Balqis sebagai Keisya

Haleeda sebagai Siti Aisyah

Nafiz Muaz sebagai Hisham

Ezzaty Abdullah sebagai Murni

Amyza Aznan sebagai Shida

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Bersama P&D Pictures Sdn Bhd, pengarah Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya) menjadi tonggak dalam produksi ini, yang dihidupkan menerusi skrip daripada penulis K. Adlie dan Shaza Talib.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Aiman Sidek ft Alin Sidek - Awan Mendung (Official Music Video) (Ost Teratak Kasih Salina)

        

Tajuk: Awan Mendung

Penyanyi: Aiman Sidek ft Alin Sidek

Komposer: Aiman Sidek

Penulis lirik: Aiman Sidek

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Bermula 18 Februari 2025, Teratak Kasih Salina akan disiarkan dalam 15 episod di slot Samarinda TV3, mengisi malam Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam.

Nikmati tayangan 24 jam lebih awal secara eksklusif di platform Tonton menerusi strim dalam talian.

        

Jadual tayangan:-

Minggu 1 - Episod 1, 2, 3, 4

Minggu 2 - Episod 5, 6, 7, 8, 9

Minggu 3 - Episod 10, 11, 12, 13, 14

Minggu 4 - Episod 15

        

Tajuk cerita? Teratak Kasih Salina (Rindu Kasih Finale)

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila dan tayang pukul berapa? Mulai 18 Februari 2025, jam 10 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform streaming online, aplikasi Tonton

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)