Kredit foto: Instagram @uqashasenrose2

      

Biodata

1. Nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen. Dikenali ramai sebagai Uqasha Senrose.

2. Kelahiran Kota Bahru, Kelantan pada 6 Julai 1992.

3. Berusia 27 tahun.

4. Berketinggian 1.66 meter.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Anak kepada pasangan Nik Sen (bapa) dan Rosmizai Mohd Noor (ibu).

7. Anak kedua daripada tujuh adik-beradik.

8. Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose (adik kandung seibu).

9. Ibu saudaranya, Rosnah Mohd Noor juga merupakan pelakon, termasuk aktres Octovia Manrose dan Aprena Manrose yang merupakan sepupu sebelah ibunya.

10. Pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

11. Namanya meledak menerusi drama Tundukkan Playboy Itu, Hero Seorang Cinderella dan Rahsia Hati Perempuan.

12. Antara drama lain dibintanginya seperti Sebenarnya Saya Isteri Dia, Kerana Anisa, Spanar Jaya X dan Setelah Terlafaznya Akad.

13. Termasuk telefilem Arman, Ilham, Pok Ya Cong Codei, Kampung Kuala Lambat, Hantu Don, Saya Jual Ye Bang, Boyfriend Aku Dari Neraka dan banyak lagi.

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Lukisan Hati, Paku Pontianak, Bencinta dan Hantu Kak Limah 3.

15. Antara lain, beliau pernah membintangi teater Ombak Rindu membawa peranan sebagai watak Izzah / Suri dalam pementasan yang berlangsung pada tahun 2016.

    

Fakta Menarik

  • Pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia.
  • Pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Pekin Ibrahim dan Hefny Sahad.
  • Pada 28 Ogos 2016, beliau membuat pendedahan sudah tidak lagi bertudung selepas mengenakan imej itu sejak pertengahan 2014.

      

Baca: Kahwini Kamal Adli, Ini 10 Fakta Uqasha Senrose Yang Ramai Tak Tahu!

Foto

biodata uqasha senrose pelakon drama setelah terlafaznya akad 2

biodata uqasha senrose pelakon drama setelah terlafaznya akad 3

biodata uqasha senrose pelakon drama setelah terlafaznya akad 4

biodata uqasha senrose pelakon drama setelah terlafaznya akad 5

biodata uqasha senrose pelakon drama setelah terlafaznya akad 6

biodata uqasha senrose pelakon drama setelah terlafaznya akad 7

biodata uqasha senrose pelakon drama setelah terlafaznya akad 8

Kredit foto: Instagram @uqashasenrose2

       

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)