Kredit foto: Instagram Norreen Iman

Siapa Norreen Iman? Norreen Iman Abdullah yang juga lebih dikenali sebagai Norreen merupakan antara pelakon yang menjayakan siri TV 'Rindu Awak Separuh Nyawa' yang bersiaran di slot Megadrama, saluran Astro Ria.

Drama berepisod yang diadaptasi daripada novel ini juga membariskan pelakon Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Fizo Omar, Fareez Fauzi dan ramai lagi.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama penuh, Norreen Iman Abdullah.

2. Menggunakan nama komersial, Norreen.

3. Berumur 27 tahun.

4. Berasal dari Kuala Lumpur.

5. Merupakan seorang pelakon, pengacara, instafamous dan pencipta konten di laman sosial.

6. Antara drama dan telefilem dibintanginya termasuk Pelindung Seorang Puteri, Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Delen dan Rindu Awak Separuh Nyawa.

7. Akaun Instagramnya atas nama @norreen143 sehingga kini mempunyai lebih 670,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Berkahwin di usia 20 tahun. Hasil perkongsian hidup dengan suami, beliau telah dikurniakan dua orang anak.

2. Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan sebagai pengurus akaun, ejen insurans dan peniaga nasi lemak.

3. Pernah meneruskan pelajaran di sebuah universiti tempatan, namun terhenti separuh jalan.

4. Mula menempa populariti sebagai instafamous.

5. Ibunya, Nor'aini Jaafar yang juga nenek kepada dua orang cucu, pernah menjadi viral kerana menamatkan pengajian diploma dalam bidang terapi di usia 58 tahun yang mana kos yuran pengajiannya ditanggung sepenuhnya oleh Norreen yang ingin melihat ibunya mencapai cita-cita menjadi ahli terapi.

        

Baca: Biodata Personaliti TikTok Aya Amiruddin

       

Gambar

rindu awak separuh nyawa 683

norreen iman husband

norreen iman umur

norreen iman kahwin

pelakon rindu awak separuh nyawa

siapa norreen iman

norreen iman wikipedia

norreen iman viral

norreen iman age

norreen iman berlakon

Kredit foto: Instagram Norreen Iman

Video

Kredit video: Taubat Lepas Nampak Neraka Depan Mata | Feat. Norreen Iman, Dahlia Shazwan TRIVAGO

Sumber:

1. Nenek dua cucu sanggup ambil diploma demi jadi ahli terapi

2. Depan mata! Wanita tergamam, benda hitam muncul selepas setahun kejadian pak guard gantung diri, “Suami cakap warna putih”

3. Instagram Norreen Iman

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)