Kredit foto: Instagram @fizoomar

Biodata

1. Pemilik nama penuh Wan Hafizol bin Wan Omar.

2. Dikenali sebagai Fizo Omar.

3. Kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 19 Julai 1985.

4. Berusia 34 tahun.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

7. Membabitkan diri dalam dunia seni sejak tahun 2008 sebagai pelakon, model dan pengacara.

8. Bakatnya dicungkil daripada program Hero Remaja 2008 yang menobatkannya sebagai naib juara. Antara lain pertandingan ikon pemuda Malaysia anjuran majalah Remaja musim itu turut melahirkan pelakon Kamal Adli, Idris Khan dan Ammar Alfian.

9. Antara drama dibintanginya seperti Skuad Elit, Spa Q 2, Julia, Setelah Cinta Itu Pergi dan Bukan Cinta Aku.

10. Termasuk telefilem Tidak Sama Tetapi Serupa, Bonanza, Dollah Hapak, Andai Itu Takdirnya dan banyak lagi.

11. Kemunculannya di layar lebar, antaranya menerusi filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami, 7 Petala Cinta, Minyak Dagu, Cinderella dan Isyarat Cinta.

12. Penglibatan dalam dunia teater menerusi pementasan Siti Di Alam Fantasi.

13. Sebagai hos, beliau pernah mengemudikan program Nasi Lemak Kopi O, Gen-X, 3 Hari 2 Malam, Pakar Kejelitaan dan Pencetus Ummah musim kedua.

14. Mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim pada 10 November 2013.

       

Fakta Menarik

  • Berketinggian 179 sentimeter.
  • Berdarah kacukan Melayu, Siam dan Arab. Bapanya berketurunan Melayu, manakala ibunya berasal dari keturunan Siam dan Arab.
  • Bapanya meninggal dunia di usia 80 tahun kerana menghidap masalah ketumbuhan.
  • Pemegang Diploma jurusan Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.
  • Bekas pemain bola sepak pasukan negeri dan kebangsaan.

       

Baca: Kahwin Fazeera Nazri Azrai, Ini 10 Fakta Fizo Omar Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Mawar Karim, Bekas Isteri Pelakon Fizo Omar

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Azar Azmi

Baca: Akhirnya Fizo Omar Dedah Punca Perceraian

Foto

biodata fizo omar pelakon drama bukan cinta aku 2

biodata fizo omar pelakon drama bukan cinta aku 3

biodata fizo omar pelakon drama bukan cinta aku 4 572

biodata fizo omar pelakon drama bukan cinta aku 5

biodata fizo omar pelakon drama bukan cinta aku 6

Kredit foto: Instagram @fizoomar

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

     

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Mstar [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)