Oleh pada 18 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Drama ‘Akira Khan’ arahan Jamal Khan yang mempertemukan gandingan bintang utama Kamal Adli dan Uqasha Senrose menemui penonton Astro mulai 18 Januari 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.

Drama ini adalah adaptasi novel yang judulnya sama yang merupakan karya penulis Ammara Ayyash.

drama akira khan

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

   

Sinopsis

Selepas bertemu antara satu sama lain, hubungan cinta antara Akira (Uqasha Senrose) seorang wanita Pakistan dan seorang lelaki Melayu bernama Raden (Kamal Adli) menghadapi tentangan dan terpaksa berkahwin secara rahsia kerana perbezaan keturunan dan bangsa.

Atas sebab masalah keluarga, mereka terpisah. Keadaan menjadi buruk apabila Raden mengalami kemalangan di Malaysia yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Akira yang menunggu Raden terpaksa melalui kepayahan hidup seorang diri.

Akira nekad untuk menjejaki Raden semula. Apabila mereka bertemu, Raden tidak mengenali Akira, manakala Akira berhadapan dengan keberadaan Liyana (Julia Farhana Marin) di sisi Raden, wanita yang selama ini menjadi punca Akira dan Raden disatukan.

Raden ingin memenangi kembali cinta beku Akira, namun Akira berkecil hati kerana menganggap dirinya telah dikhianati selama kehilangannya sebelum ini.

Walaupun Liyana adalah cinta pertama Raden, namun kebahagiaan sebenarnya hanya bersama Akira Khan dan dia bertekad untuk membeli hatinya semula!

Baca: 10 Fakta Drama Novel Berepisod Andai Itu Takdirnya (Astro Ria) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Razman Mahayuddin

akira khan novel

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Pelakon / Cast

Akira Khan menyaksikan gandingan pelakon suami isteri Kamal Adli dan Uqasha Senrose, selaku teraju utama yang mana ianya turut merangkumi pelakon popular lain sebagai pelakon pembantu seperti Julia Farhana Marin, Irfan Zaini, Razman Mahayuddin, Idzham Ismail, Maria Farida, Esma Daniel, Saidah Kamarudin, Safura Yaacob, Mak Wan Latah, Pushpa Narayan dan Dilla Ahmad.

Watak Pelakon

Kamal Adli sebagai Radin

Uqasha Senrose sebagai Akira Khan

Julia Farhana Marin sebagai Liyana

Irfan Zaini sebagai Zafar Khan

Razman Mahayuddin sebagai Iskandar

Maria Farida sebagai Fareedah Khan

Esma Daniel sebagai Kamarul

Idzham Ismail sebagai Joe

Mak Wan Latah sebagai Mak Salmah

Saidah Kamarudin sebagai Faten

Safura Ya'cob sebagaii Ibu Hartini

Dilla Ahmad sebagai Dr Amilia

Pushpa Narayan sebagai Syameen

akira khan episod

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri ini menampilkan sentuhan Jamal Khan sebagai pengarah, berdasarkan skrip nukilan Haida Mazni Mohammad membabitkan tenaga kerja syarikat produksi SR One Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Akira

Tajuk: Akira

Penyanyi: Ezad Lazim, Salma Asis

Komposer: Bael0n, Pjay Hamzah

Penulis lirik: Siti Rosmizah

sinopsis akira khan

Episod 1 Akira Khan menemui penonton pada 18 Januari 2023 bagi menggantikan siri Cina Buta. Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Waktu Siaran

Drama Akira Khan akan disiarkan untuk slot Megadrama di Astro Ria (saluran 104) bermula 18 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Penonton juga boleh menstrim 28 episod yang disediakan dalam talian (online) pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja melalui On Demand dan Astro Go.




Hakcipta iluminasi.com (2017)