Kredit foto: Instagram Ikhlas Jalil

    

Siapa Ikhlas Jalil? Hizatul Ikhlas Abdul Jalil atau nama popularnya, Ikhlas Jalil merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau dikenali dengan peranannya dalam siri televisyen Cinta Si Wedding Planner, Sayangku Kapten Mukhriz dan Andainya Takdir.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Hizatul Ikhlas bin Abdul Jalil.
  • Menggunakan nama komersial, Ikhlas Jalil.
  • Berumur 28 tahun.
  • Lahir pada 2 Jun 1992.
  • Anak bongsu daripada tujuh orang adik-beradik.
  • Berkelulusan diploma dalam jurusan Penyiaran dan Filem daripada Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai seorang pelakon.
  • Antara drama dibintanginya seperti Sebenarnya Saya Isteri Dia, Cinta Si Wedding Planner, Duda Terlajak Laris, Sayangku Kapten Mukhriz, Andainya Takdir, Cinta Hati Batu dan Terbaik Dariku.
  • Tidak ketinggalan, telefilem Menanti Pelangi, manakala kemunculannya di layar perak pula menerusi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @ikhlasjalil sehingga kini mengumpul lebih 122,000 pengikut.

     

Baca: Biodata Pelakon Zulin Aziz

    

Fakta Menarik

  • Anak kepada Wan Jah Raunah Wan Daud yang merupakan bekas pelakon teater sekitar era 1960-an.
  • Mempunyai empat orang kakak dan dua orang abang yang tidak terlibat dengan dunia seni.
  • Menyimpan impian untuk berlakon di bawah arahan sutradara yang cukup dikaguminya, Syamsul Yusof.
  • Bercita-cita menduduki kerusi pengarah suatu hari nanti.
  • Video drama pendeknya bersama ibu yang mencari sebilah pisau pernah tular pada pertengahan 2020 hingga menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana terhibur dengan gelagat bersahaja dua beranak ini.
  • Digosipkan dengan pelakon Zulin Aziz kerana sering berkongsi foto bersama, namun beliau menyifatkan hubungan itu tidak lebih daripada sekadar rakan baik sahaja.

   

Foto

ikhlas jalil

ibu ikhlas jalil

ikhlas jalil dulu

wikipedia ikhlas jalil

instagram ikhlas jalil

drama ikhlas jalil

zulin aziz

siapa ikhlas jalil

umur ikhlas jalil

Kredit foto: Instagram Ikhlas Jalil

   

Video

Kredit video: Pisau last kat mana ?

   

Sumber:

1. Ikhlas puas tahan maki

2. "Tak sangka video mak cari pisau tular.."

3. Muat naik foto bersama, Ikhlas Jalil mengaku dah lama minat Zulin Aziz - “Kami mula rapat sejak Ramadan lalu”

4. Wikipedia Ikhlas Jalil

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)