Kredit foto: Instagram Fareez Fauzi

    

Siapa Fareez Fauzi? Muhammad Fareez Hawzan Mohd Fauzi Haqiem Rusli yang juga nama komersialnya, Fareez Fauzi merupakan seorang penyanyi, pelakon, komposer dan penulis lirik Malaysia.

Beliau memulakan langkah dalam bidang seni suara selepas dinobatkan sebagai juara program Mentor Milenia 2016 sebagai protege kepada penyanyi Hazama.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Muhammad Fareez Hawzan bin Mohd Fauzi.
  • Menggunakan nama pentas, Fareez Fauzi.
  • Berumur 22 tahun.
  • Lahir pada 6 Mei 1998.
  • Berasal dari Selangor, Malaysia.
  • Anak kepada pasangan pelakon Fauzi Nawawi (bapa) dan Lisdawati (ibu tiri).
  • Menceburi bidang hiburan sejak tahun 2016 sebagai seorang penyanyi, pelakon, pencipta lagu dan penulis lirik.
  • Bakatnya dicungkil daripada pertandingan realiti nyanyian, Mentor Milenia 2016 yang menobatkannya sebagai juara di bawah bimbingan penyanyi Hazama selaku mentor.
  • Mempopularkan single Lagu Radio (single pertama), Ku Ingin Kau Tahu, Cinta Untuk Atilia, Bersamamu dan Sedar.
  • Dalam bidang lakonan, beliau pernah membintangi filem Badang, termasuk telefilem Ya Solihin dan drama bersiri Cinta Untuk Atilia.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @iamfareezfauzi sehingga kini mempunyai lebih 94,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Aktif dalam sukan Muay Thai,
  • Anak kedua kepada Fauzi Nawawi daripada perkahwinan pertama aktor itu.
  • Bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman FMC.
  • Mempunyai raut wajah saling tak tumpah bak bapanya.
  • Bertanggungjawab menghasilkan lagu Aku Yang Bersalah dendangan Usop Mentor, ciptaan bersama Haqiem Rusli.

   

Foto

fareez fauzi

fareez fauzi instagram

fauzi nawawi

fareez fauzi ig

fareez fauzi wikipedia

fareez fauzi umur

anak fauzi nawawi

Kredit foto: Instagram Fareez Fauzi

   

Video

Kredit video: LePaknil: Eksklusif bersama Fareez Fauzi & Fauzi Nawawi

    

Sumber:

1. Fareez Enggan Dibayangi Fauzi Nawawi & Lisdawati

2. Anak Fauzi Nawawi Tidak Guna Pengaruh Bapa Untuk Menang 'Mentor Milenia'

3. Baru lima bulan menyanyi, Fareez jadi 'pembuka tirai' konsert Afgan

4. Fareez Fauzi Akur Ibu-Bapa Membantu Kerjaya Seninya

5. Fareez Mentor Berlakon Pula

6. Anak Fauzi Nawawi Tidak Selesa Dikenali Kerana Bapa

7. Fareez tempuh onak liku

8. Wikipedia Fareez Fauzi

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)