Kredit foto: Instagram @khiriah17

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Noorkhiriah binti Ahmad Shapie. Menggunakan Noorkhiriah sebagai nama komersial.

2. Kelahiran Raub, Pahang, Malaysia pada 18 April 1976. Kini berusia 43 tahun.

3. Kediamannya terletak di ibu kota, Kuala Lumpur.

4. Merupakan pelakon dan pelawak.

5. Mula menyerikan dunia hiburan tanah air sejak tahun 1999.

6. Mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 sebelum dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

7. Membintangi filem Raindogs, Gubra, Syaitan, Susuk, Los Dan Faun, Papadom, Papadom 2 dan Kamar Seksa.

8. Kemunculannya di layar kaca menerusi telefilem Pulau Inspirasi, Airmata Ibu, Nek Kiah, Terlerai Takbir Kasih, Antara Garisan dan Jubah Hitam.

9. Juga drama Kerana Cintaku Saerah, Emil Emilda, Matahari, Pepaya, Sindarela, Ejen 2x5, Oh Yeah, Boona Boonie, Naik Lift Turun Tangga, Tanah Kubur (Musim 3), Edisi Khas, Debunga Lalang, Yes Boss, Tanah Kubur (Musim 11), Nur, Sejadah Untuk Dia, Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung, Jawatankuasa Kampung Kalut (JKK) dan terkini, Nur 2.

10. Lakonannya berbekas di hati peminat menerusi watak Aisyah dalam drama Nur dan Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin, bergandingan dengan barisan pelakon seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Azhan Rani, Atiq Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.

11. Turut mempelbagaikan cabang kerjaya seni sebagai pengacara program Kecoh Dapur (Musim 2) bersama Ieda Moin untuk siaran TV2 pada 2017.

12. Pemegang trofi Artis Komedi Wanita Popular sebanyak tiga kali berturut-turut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Juga kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2007 dan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2010.

Foto

biodata noorkhiriah pelakon drama nur 2 2

biodata noorkhiriah pelakon drama nur 2 3

biodata noorkhiriah pelakon drama nur 2 4

biodata noorkhiriah pelakon drama nur 2 5

biodata noorkhiriah pelakon drama nur 2 6

Kredit foto: Instagram @khiriah17

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)