Biodata

1. Pemilik nama penuh Mohamad Taufiq bin Mohd Hanafi. Lebih dikenali sebagai Taufiq Hanafi.

2. Dilahirkan di Pontian, Johor, Malaysia pada 26 April 1991. Kini berusia 28 tahun.

3. Merupakan pelakon, pengarah dan hos.

4. Mendapat pendidikan dalam bidang kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik Kajang pada tahun 2007.

5. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perfileman dan televisyen daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sejak pengajiannya di pusat pendidikan itu, beliau mula aktif dalam bidang penerbitan dan lakonan pentas.

6. Mula menceburi dunia seni sejak tahun 2006.

7. Di usia 16 tahun, beliau bermula dengan memegang watak sebagai pelakon tambahan untuk telefilem Sutun siaran RTM pada tahun 2006.

8. Selepas selesai pengajian di ASWARA, Taufiq berkhidmat di TVi RTM, di samping mengambil tawaran lakonan untuk watak-watak sampingan.

9. Namanya mula meledak selepas pembabitan dalam filem pertama, Ola Bola pada tahun 2016 membawa watak sebagai Abu.

10. Kemudiannya ditawarkan membintangi filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior sebagai Leftenan Muda Johnsin Anak Meling.

11. Mendapat kecaman hebat kerana memegang watak Sofil dalam drama bersiri remaja Gantung The Series di Indonesia kerana peranan itu bersifat antagonis serta bernafsu songsang. Drama bersiri siaran sebanyak 16 episod itu ditayangkan di aplikasi Tribe di Indonesia dan Astro First di Malaysia pada Januari 2018.

12. Antara lain, Taufiq pernah membintangi filem Bidong: The Boat People (membawakan watak sebagai Adib) dan PASKAL (sebagai Khairil Fikri bin Abdul Musa atau Ustat).

13. Juga drama Pujaan Hati Kanda sebagai Naim dan teater Mulan sebagai General Li.

14. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan Dokumentari Kembara Sungai, siaran RTM pada tahun 2017.

Foto

biodata taufiq hanafi pelakon drama pujaan hati kanda 2

biodata taufiq hanafi pelakon drama pujaan hati kanda 3

biodata taufiq hanafi pelakon drama pujaan hati kanda 4

biodata taufiq hanafi pelakon drama pujaan hati kanda 5

biodata taufiq hanafi pelakon drama pujaan hati kanda 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Astro Gempak

4. Instagram Taufiq Hanafi




Hakcipta iluminasi.com (2017)