Biodata

Nama penuh: Siti Azar Ameerah binti Azmi

Nama popular: Azar Azmi

Tarikh lahir: 13 Mac 1989

Umur: 29 tahun

Kelahiran: Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan

Media sosial: Instagram @azarazmi

Fakta Menarik

1. Anak ketiga daripada lima adik-beradik.

2. Pernah menyertai Dewi Remaja 2009/10 iaitu sebuah pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia anjuran majalah Remaja. Beliau bersaing dengan Neelofa (juara), Izara Aishah (naib juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.

3. Dalam bidang perniagaan, Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.

4. Kerjayanya sebagai pelakon bermula sebelum penyertaan dalam Dewi Remaja lagi, walaupun hanya memainkan peranan sebagai watak tambahan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dengan bayaran serendah RM50 hingga RM100.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

6. Beberapa drama dan telefilem dibintanginya ialah Mr. Boss Miss Stalker, Mukhlis (Musim 2), Suri Hati Mr. Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Gerak Khas, Bayangan Emilia, My Coffee Prince (penampilan istimewa), Tiada Arah Jodoh Kita, Uniknya Cinta, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.

7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

8. Pada tahun 2017, hubungan cintanya dengan seorang duda anak dua yang dikenali selama tiga tahun akhirnya terputus. Kemudiannya, Azar mengakui sedang meĀ­ngenali hati budi seorang usahawan berusia 29 tahun.

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Fizo Omar

Baca: Kahwin Fazeera Nazri Azrai, Ini 10 Fakta Fizo Omar Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Mawar Karim, Bekas Isteri Pelakon Fizo Omar

Baca: Akhirnya Fizo Omar Dedah Punca Perceraian

Foto

biodata azar azmi pelakon drama pujaan hati kanda 2

biodata azar azmi pelakon drama pujaan hati kanda 3

biodata azar azmi pelakon drama pujaan hati kanda 4

biodata azar azmi pelakon drama pujaan hati kanda 5

biodata azar azmi pelakon drama pujaan hati kanda 6

biodata azar azmi pelakon drama pujaan hati kanda 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Harian Metro

4. Instagram Azar Azmi




Hakcipta iluminasi.com (2017)