Oleh pada 15 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

'Hati Yang Tersakiti' merupakan sebuah drama televisyen Malaysia 2020 yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 15 Oktober 2020.

Siri penuh emosi yang dikatakan ramai sebagai versi melayu drama Korea, 'The World Of The Married' ini merupakan arahan sutradara Feroz Kader yang ditunjangi Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. Bakal menggantikan drama bersiri Bicara Cinta.

      

sinopsis hati yang tersakiti

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Mengisahkan Haris (Remy Ishak) dan Mona (Nad Zainal) yang melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia walaupun belum beroleh rezeki cahaya mata.

Mona kemudian mendapat tahu yang kawan karibnya, Farah (Mimi Lana) sedang berdepan dengan tekanan selepas melalui perceraian dengan bekas suami.

Dengan niat membantu, Mona menumpangkan Farah untuk tinggal bersamanya, tanpa mengetahui perkara itu menjadi titik tolak kepada keretakan rumah tangganya apabila Haris dan Farah menyimpan perasaan sesama sendiri.

   

pelakon hati yang tersakiti

Kredit foto: Instagram Nad Zainal

   

Pelakon

Diterajui Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana.

Watak-watak lain dilakonkan Riz Amin, Husna Mustaffa, Fad Anuar, Meor Mohd, Ainina Ahmad, Sharifah Anthash dan Rahim Jailani.

   

Baca: Biodata Remy Ishak

Baca: Biodata Nad Zainal

Baca: Biodata Mimi Lana

Baca: Biodata Riz Amin

Baca: Biodata Husna Mustaffa

Baca: Biodata Fad Anuar

   

hati yang tersakiti novel

Kredit foto: Instagram Remy Ishak

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan sutradara Feroz Kader daripada syarikat produksi Art Ornament Sdn Bhd.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: OST HATI YANG TERSAKITI - Hariz Fayahet & Anna Hanifa

    

Tajuk: Hati Yang Tersakiti

Penyanyi: Hariz Fayahet & Anna Hanifa

Komposer: Nurzaidi Abd Rahman

Lirik: Nurzaidi Abd Rahman

    

hati yang tersakiti

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

    

Waktu Siaran

Menyinari kaca televisyen mulai 15 Oktober 2020 menerusi slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran TV3.

    

Sumber:

1. “Hati Yang Tersakiti” Versi Melayu The World Of The Married?

2. Drama Sangat

3. Art Ornament

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)