Biodata

Nama penuh: Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand

Nama popular: Sarah Hildebrand

Tarikh lahir: 18 Ogos 1990

Umur: 28 tahun (2018)

Agama: Islam

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, personaliti fesyen, model dan duta

Media sosial: Instagram @sarahhildebrand

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.

2. Berketinggian 5 kaki 4 inci.

3. Anak kepada pasangan Jeffrey L. Hildebrand (bapa) dan Che Arbi Hashim (ibu).

4. Pernah tinggal di Arkansas, Amerika Syarikat (AS) bersama bapanya selama tiga tahun.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

6. Memiliki wajah pan-Asia.

7. Dikatakan mempunyai raut wajah iras aktres Hollywood, Kirsten Dunst.

8. Pemenang program realiti Gadis M2 yang berlangsung pada tahun 2013.

9. Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

10. Kerjayanya bermula pada tahun 2015 yang awalnya hanya menjayakan watak-watak kecil di televisyen mahupun filem.

11. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Hujan Pagi, membawakan peranan sebagai Ati. Diikuti telefilem Jalan Singkat Ke Syurga dan Dia Imamku.

12. Tidak ketinggalan tampil dalam drama Suami Tanpa Cinta, Nafas dan Pujaan Hati Kanda.

13. Pembabitan dalam filem menerusi Mirip dan Muluk & Konco.

14. Turut menjayakan video muzik lagu Hujung Waktu (Azhael) dan Rindu (Shae), serta muncul dalam iklan Perfecto Snacks dan Nouvelles Visages.

15. Penampilannya dalam majalah, antaranya di InTrend, EH! dan Hijabista.

16. Pernah meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dirinya tidak boleh pergi jauh dalam industri hanya kerana memiliki nama yang kononnya pelik dan sukar disebut.

17. Di awal kemunculan, Sarah mengakui mempunyai kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu kerana tinggal dalam tempoh yang lama di Amerika Syarikat.

Foto

biodata sarah hildebrand pelakon drama pujaan hati kanda 2

biodata sarah hildebrand pelakon drama pujaan hati kanda 3

biodata sarah hildebrand pelakon drama pujaan hati kanda 4

biodata sarah hildebrand pelakon drama pujaan hati kanda 5

biodata sarah hildebrand pelakon drama pujaan hati kanda 6

biodata sarah hildebrand pelakon drama pujaan hati kanda 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Harian Metro

4. Instagram Sarah Hildebrand 




Hakcipta iluminasi.com (2017)