Oleh pada 19 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

'Suara Hati' merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2021, adaptasi daripada novel dengan tajuk sama terbitan Alaf 21, nukilan oleh novelis Anis Ayuni.

Diarahkan Emy Suffian, siri ini menampilkan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Hanna Aqeela, Aidil Aziz, Zeera Hariz dan Jabir Meftah.

suara hati 585

Kredit foto: Instagram Alaf 21

Sinopsis

Mengisahkan Harris (Syafiq Kyle) dan Hani (Hanna Aqeela) yang saling jatuh cinta selepas sama-sama bergiat aktif dalam aktiviti sukan di universiti.

Namun ibu bapa Hani cuba merapatkan hubungan Hani dengan Naim (Aidil Aziz), seorang pensyarah sambilan di universitinya.

Tindakan Naim yang bermurah hati membantu Hani dalam projek universiti membuatkan hubungan mereka semakin mesra.

Jauh di sudut hati Hani hanya menganggap Naim sebagai rakan biasa, apatah lagi Naim sudah mempunyai kekasih yang bakal dinikahi.

Hani meneruskan hubungannya dengan Harris sehinggalah suatu ketika, Harris secara tiba-tiba pergi menghilangkan diri.

Memandangkan Naim juga baru kecundang dalam percintaan, Hani membuka pintu hatinya buat lelaki itu.

Ketika Hani hampir melupakan Harris, jejaka itu muncul semula dalam hidupnya.

Namun segalanya sudah terlewat kerana Hani telah memutuskan untuk menjadi isteri Naim.

Kisah cintanya dengan Harris bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila Naim meninggal dunia ketika Hani mengandungkan anak kedua mereka.

Baca: 10 Fakta Drama Novel Berepisod Suara Hati Yang Ramai Tak Tahu!

   

sinopsis suara hati 361

Kredit foto: Instagram Aidil Aziz

Pelakon / Cast

Lakonan utama Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela.

Turut menghimpunkan barisan pelakon popular seperti Aidil Aziz, Zera Hariz, Jabir Meftah (Hero Remaja 2020), Afzan A Rahman, Syahir Shafein, Liza Rafar, Qistina Khaled, Fazlina Ahmad Daud, Farah Zainuddin dan YM Dato' Sri Rezza Shah.

Baca: Biodata Syafiq Kyle

Baca: Biodata Hanna Aqeela

Baca: Biodata Aidil Aziz

Baca: Biodata Zera Hariz

Baca: Biodata Jabir Meftah

Baca: Biodata Afzan A Rahman

Watak Pelakon

Syafiq Kyle sebagai Harris

Hanna Aqeela sebagai Hani

Aidil Aziz sebagai Naim

Zera Hariz sebagai Suraya

Afzan A Rahman sebagai Amir

Qistina Khaled sebagai Sarah

Syahir Shafein sebagai Ramzi

Shah Rezza sebagai Jo

Liza Rafar sebagai Sha

Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty

novel suara hati 389

Kredit foto: Instagram Shah Rezza

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Mendapat sentuhan daripada Emy Suffian atau lebih sinonim dengan nama Pyan Screw sebagai pengarah, serta Farah Alya As'ari selaku penulis skrip.

Terbitan produksi Global Film Station Sdn. Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit foto: Biar Aku Simpan - Bimasakti feat. Oktovia Manrose (Official Music Video)

Tajuk: Biar Aku Simpan

Penyanyi: Bimasakti ft Oktovia Manrose

Komposer: Jim Bimasakti

Penulis lirik: Caldera H

suara hati episod 274

Kredit foto: Instagram @skylovers.fc

Waktu Siaran

Drama 13 episod ini bakal ke udara bermula 19 Julai 2021 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, eksklusif di slot Tiara, saluran Astro Prima (105), serta boleh juga ditonton menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] - SUARA HATI EPISOD 1 BERMULA 19 JULAI 2021

Sumber:

1. 'Suara Hati' Syafiq Kyle & Hanna Aqeela, 19 Julai Ini Di Astro Prima

2. Sinopsis Drama SUARA HATI Gandingan Pertama Syafiq Kyle & Hanna Aqeela




Hakcipta iluminasi.com (2017)