Biodata

1. Pemilik nama penuh Nurul Jannah binti Munir.

2. Lahir pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Berumur 24 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.65 meter.

4. Anak kedua daripada empat adik-beradik. Abangnya, Mohamad Firdaus, manakala dua adik perempuannya ialah Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea.

5. Sepupunya, Adam Lee juga merupakan pelakon.

6. Berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai.

7. Sewaktu kecil, beliau pernah tinggal di Amsterdam, Belanda selama tiga tahun. 

8. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur.

9. Memulakan karier seni di usia sekitar 5 hingga 7 tahun sebagai model iklan komersial dan video korporat.

10. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota.

11. Sewaktu zaman persekolahannya, beliau aktif dalam pasukan sorak serta gemar memasuki pertandingan nyanyian.

12. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

13. Pernah ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis, namun menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan yang diceburi.

14. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

15. Merupakan pelakon, model, penyanyi dan pengacara.

16. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Cinta Vlog, membawa peranan sebagai Risa, watak pembantu di sisi teraju utama, Aliff Aziz dan Wawa Zainal.

17. Pernah membintangi filem Kimchi Untuk Awak dan Kerja Kahwin. Juga telefilem, antaranya Sayang Suria, Mek Kelate, Tangisan Izara, Di Pintu Syurga, Trauma dan Enam.

18. Termasuk drama Jodoh, Kasih Berbisik, Syurga Nur, Kau Aku Kita, Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.), Biar Aku Jadi Penunggu, My Coffee Prince, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi. Tidak ketinggalan teater Zombie La La La.  

19. Pemegang trofi Aktres Pilihan (drama Kau Aku Kita) dan Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016, Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, Pelakon Wanita Sensasi di Anugerah Telenovela 2017 dan Aktres Pilihan (drama Biar Aku Jadi Penunggu) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018.

20. Sebagai penyanyi, beliau memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.

21. Pernah merakamkan single Mungkin Saja (OST Suami Tanpa Cinta) dan Akan Bercinta (OST My Coffee Prince).

   

Baca: Tak Sangka! Ini 7 Foto Janna Nick Sewaktu Zaman Sekolah

Baca: 8 Foto Adik Perempuan Janna Nick Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Tak Sangka Emak Cantik Pada Anak.. Inilah Wajah Ibu Janna Nick Yang Pasti Memeranjatkan Anda!

   

Foto

biodata dan latar belakang pelakon janna nick 2

biodata dan latar belakang pelakon janna nick 3

biodata dan latar belakang pelakon janna nick 4

biodata dan latar belakang pelakon janna nick 5

biodata dan latar belakang pelakon janna nick 6

       

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Harian Metro

4. Instagram Janna Nick




Hakcipta iluminasi.com (2017)