Biodata

Nama penuh: Andi Azrul bin Andi Mapangile

Tarikh Lahir: 30 November 1991

Umur: 27 tahun (2018)

Asal: Kota Kinabalu, Sabah

Syarikat rakaman: Warner Music Malaysia

Media sosial: Instagram @andibernadee dan Facebook @andibernadee2015

Fakta Menarik

1. Berbangsa Melayu dan beragama Islam.

2. Anak kedua daripada lima adik-beradik.

3. Aktif menyanyi sejak berumur 8 tahun di mana beliau gemar memasuki pertandingan nyanyian yang diadakan di sekolah.

4. Bakatnya dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan ialah 'Aku Bukan Abang Toyib' yang mendapat perhatian ramai. 

5. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.

6. Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu Putus Terpaksa yang dipopularkan Ziana Zain. Ketika itu, rakaman berkenaan mendapat lebih 830,000 tontonan!

7. Di awal kemunculan, beliau akui lebih gemar beraksi di media sosial dengan membawakan lagu-lagu penyanyi wanita berbanding lelaki kerana menganggap ianya lebih mencabar.

8. Kali kedua Andi menjadi tular menerusi video parodi lagu Tak Tun Tuang.

9. Nama Andi Bernadee terbit kerana ia adalah nama samaran yang dipanggil rakan-rakannya sewaktu di bangku sekolah. Sementara 'Bernadee' pula diambil daripada kredit rancangan televisyen, Amazing Race. Gara-gara nama unik itu, ramai tersalah sangka mengatakan dia merupakan penduduk Indonesia, apatah lagi cara percakapannya sewaktu berinteraksi di Smule menyerupai gaya bahasa Indonesia.

10. Ketika masih belum mempunyai lagu rakaman sendiri, Andi sudahpun menerima banyak undangan persembahan.

11. Pada Mac 2017, beliau akhirnya terbit dengan single pertama bergenrekan balada, berjudul Tiada Lagi Maaf, namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan.

12. Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, Semalam Sahur Di Mana dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan.

13. Beliau seterusnya menyertai program realiti Big Stage pada Ogos 2018, namun sekali lagi tidak bernasib baik apabila menjadi peserta kedua tersingkir.

14. Akhirnya, single terbaharunya ciptaan bekas kumpulan duo Sleeq, Alif iaitu Satu Peluang, menempa populariti luar biasa sehingga menduduki carta trending di laman Youtube.

15. Satu Peluang turut terpilih menjadi lagu runut bunyi drama bersiri, Cik Reen Encik Ngok Ngek.

Foto

biodata andi bernadee penyanyi lagu satu peluang 2

biodata andi bernadee penyanyi lagu satu peluang 3

biodata andi bernadee penyanyi lagu satu peluang 4

biodata andi bernadee penyanyi lagu satu peluang 5

biodata andi bernadee penyanyi lagu satu peluang 6

Video Muzik Popular

Kredit:

1. Big Stage

2. Warner Music Malaysia

3. Utusan Online

4. Glam Lelaki

5. BH Online

6. Instagram Andi Bernadee




Hakcipta iluminasi.com (2017)