Oleh pada 21 Sep 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Setelah mencapai kejayaan besar dengan mencipta fenomena dan menarik perhatian 10 juta penonton pada tahun 2021, siri drama Melastik Ke Hatimu kini kembali mengisi slot Lestary TV3 dengan musim baharu.

Pasangan serasi Janna Nick dan Andi Bernadee masih digandingkan sebagai tonggak utama dengan kisah cinta mereka yang menghiburkan dalam siri komedi romantik ini.

          

melastik ke hatimu 598

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

          

Sinopsis

Diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Aqma Dee, drama Melastik Ke Hatimu 2 meneruskan kisah Haura dan Ziyyad. Ketika ini, Ziyyad telah disenaraikan sebagai salah seorang Young Entrepreneurs Malaysia dengan lebih daripada 20 cawangan supermarket yang berjaya dibuka dalam tempoh empat tahun. Sementara itu, Haura pula terkenal sebagai seorang Youtuber yang mempunyai pengaruh yang besar.

Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah, sehingga berita kejayaan menantunya disebarkan luas di seluruh kampung. Pada masa yang sama, Ziyyad dan Haura sedang menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Konflik bermula apabila Fatin, adik kepada Haura, ingin menjalani latihan industri di tempat kerja Ziyyad sambil memulakan usaha untuk menggoda Ziyyad.

Awalnya Ziyyad menolak tawaran itu kerana ingin menjaga perasaan isterinya. Walau bagaimanapun, Fatin telah membuat aduan kepada Mak Limah dan meminta ibunya agar memujuk Ziyyad. Akhirnya, Ziyyad terpaksa akur.

Haura juga menidakkan keputusan Ziyyad namun terpaksa reda apabila Ziyyad menggunakan bantuan bapa mertuanya untuk memujuk Haura. Haura kerap memberi amaran kepada Ziyyad supaya tidak terpedaya dengan Fatin yang penuh dengan tipu daya.

Haura yang tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' telah mengemukakan beberapa syarat kepada Ziyyad supaya tidak lagi dikejar-kejar oleh Fatin. Ziyyad dengan rela hati mematuhi arahan isterinya.

Sementara itu, kesibukan Haura telah mengurangkan perhatiannya terhadap keluarga. Dia mula merancang jadual kerjayanya dan menerima sebanyak mungkin permintaan untuk mengulas produk kerana akan melahirkan anak dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, Haura telah meminta Ain untuk memantau 'kegiatan' Ziyyad di pejabat. Luqman yang masih penuh harapan untuk memenangi hati Fatin turut berusaha untuk menjauhkan Fatin dari mengganggu Ziyyad.

Ziyyad kini diuji apabila Fatin selalu mencari peluang untuk mendekatinya sehingga tingkah laku Fatin menyebabkan syak wasangka tumbuh dalam hati Haura.

Haura berasa sukar untuk mempercayai adiknya yang selalu dengki terhadapnya ini. Dia tidak hanya bimbang dengan kehadiran Fatin, malah juga konflik dalam rumah tangganya diganggu oleh TJ yang menagih cinta darinya.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Melastik Ke Hatimu Musim 1 (Slot Lestary TV3)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

         

melastik ke hatimu 2 episode

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Pelakon / Cast

Melastik Ke Hatimu 2 menyajikan wajah-wajah popular yang menjadi pilihan utama dalam kalangan 'kaki drama', termasuk mereka yang terus meningkat naik dalam dunia lakonan tempatan seperti Andi Bernadee, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Shiha Zikir, Puteri Sarah Liyana, Wani Kayrie, Azrel Ismail, Idzham Ismail, Sharul Kamal, Puteri Khareeza, Afifah Nasir, Muaz Fitri, Datin Sri Noniswara, Mak Wan Latah, Dato Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan, Cassia Iman, Adam Haris, Adam Darwisyah, Delisha Qaireena dan Daniella Qabeela.

        

Baca: Biodata Pelakon Sharul Kamal

          

Watak Pelakon

Andi Bernadee sebagai Ziyyad

Janna Nick sebagai Haura

Hafidz Roshdi sebagai Naim

Shiha Zikir sebagai Hanis

Puteri Sarah Liyana sebagai Faida

Wani Kayrie sebagai Fatin

Idzham Ismail sebagai Lukman

Muaz Fitri sebagai Fahmi

Azrel Ismail sebagai Azzam

Afifah Nasir sebagai Ain

Sharul Kamal sebagai TJ

Puteri Khareeza sebagai Shasha

Datin Sri Noniswara sebagai Nik Shaimah

Dato Jalaluddin Hassan sebagai Wan Asri

Mak Wan Latah sebagai Ruby

Azizah Mahzan sebagai Mak Limah

Cassia Iman sebagai Inayah

Adam Haris sebagai Akif

Adam Darwisyah sebagai Adam

Delisha Qaireena / Daniella Qabeela sebagai Baby Twins Haura

             

melastik ke hatimu musim 2

Musim pertama Melastik Ke Hatimu telah memenangi kategori Drama Popular di Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021. Kredit foto: Instagram Janna Nick

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri ini adalah hasil penerbitan OrangeTree Production Sdn Bhd yang dikelolakan dengan arahan daripada pengarah terkenal, Zamri Zakaria. Skripnya dihasilkan oleh Siti Solehah Abdul Ghani, Eja Lorena dan Rohaidah Haron.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Usop - Pencinta Setiamu [Official Music Video]

         

Lagu: Pencinta Setiamu

Penyanyi: Usop

Komposer: Argo, Sharul Kamal, Daus SRK

Penulis lirik : Aepul Roza

          

melastik ke hatimu 2 sinopsis

Siri Melastik Ke Hatimu 2 memasuki slot Lestary mulai 16 September 2023, menggantikan drama Gadis Muzikal. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

          

Waktu Siaran

Melastik Ke Hatimu 2 akan ditayangkan di saluran TV3 bermula 16 September 2023, jam 9 hingga 10 malam, dengan sejumlah 25 episod yang disiarkan pada hari Khamis hingga Sabtu dalam slot Lestary.

Bagi mereka yang tidak berpeluang menonton di kaca TV, anda masih boleh menikmatinya melalui perkhidmatan penstriman video di platform Media Prima, Tonton. Kini, aplikasi Tonton juga disokong di Android TV.

        

Tajuk cerita? Melastik Ke Hatimu Musim 2

Berapa episod? 25 episod

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

         

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Haura Marah Budak Sambil Live? | Melastik Ke Hatimu 2 (2023)

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)