Oleh pada 27 Feb 2021 kategori

       

Kau Aku Kita merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2015 bergenre komedi romantik yang menyatukan pelakon Saharul Ridzwan dan Janna Nick sebagai tunjang utama.

Karya sentuhan sutradara Azman Yahya (Jinggo) ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk sama tulisan Orkid Edyliyne terbitan syarikat Fajar Pakeer.

   

drama kau aku kita

       

Sinopsis

Dua individu berkongsi satu nama yang sama - Iman Firdaus.

Namun si gadis menggunakan nama panggilan 'Iman', manakala si jejaka pula lebih senang disapa 'Aus'.

Begitupun, mereka hidup dengan latar belakang dan perwatakan yang berbeza.

Iman, si gadis yatim piatu yang 'pokai' kerana menyara kehidupan adik-adiknya - apatah lagi dibebani dengan pinjaman si lintah darat.

Aus pula seorang selebriti popular yang menjadi dambaan ramai wanita, serta hidup dalam limpahan kemewahan.

Persamaannya, kedua-dua mereka sedang diburu! Iman dikejar gengster yang menuntut hutang, manakala Aus pula diburu para peminat.

Suatu hari, ketika geng lintah darat menjerit nama ‘Iman Firdaus’ sewaktu Iman sedang cuba melarikan diri, Aus yang kebetulan berada di sana, turut sama menggelabah lari.

Situasi itu menjadi titik awal perkenalan mereka.

Aus tertarik dengan Iman kerana wanita itu langsung tidak mengenalinya lantaran tidak mempunyai televisyen di rumah.

Kerana gesaan bapanya, Dato’ Ashari Irfan yang memintanya mendirikan rumah tangga, Aus melamar Iman sebagai isteri.

Iman setuju kerana terdesak mengenangkan hutang dan bebanan kewangan yang ditanggung demi membesarkan adik-adiknya.

Mampukah ikatan tanpa cinta ini membawa kepada kebahagiaan?

sinopsis kau aku kita

   

Pelakon

Menggandingkan Saharul Ridzwan dan Janna Nick.

Turut menampilkan lakonan Hafidz Roshdi, Adeline Tsen, Issey Fazlisham (Issey Titan), Kuza dan Shamsul Ghau Ghau.

Baca: Biodata Saharul Ridzwan

Baca: Biodata Janna Nick

Baca: Biodata Hafidz Roshdi

Baca: Biodata Adeline Tsen

Baca: Biodata Issey Titan

   

pelakon kau aku kita

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan JS Pictures menerusi khidmat arahan sutradara Azman Yahya yang juga dikenali sebagai Jinggo.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: BAHRAIN - KAU BAGAI UDARA

Tajuk: Kau Bagai Udara

Penyanyi: Bahrain

Komposer: Neves Pretty Ugly

Penulis lirik: Neves Pretty Ugly

   

kau aku kita novel

     

Waktu Siaran

Pernah bersiaran di slot Lestary TV3 pada 28 Oktober 2015 hingga 10 Disember 2015.

Kembali menemui penonton di slot Dahlia TV3 mulai 20 Februari 2021, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 petang. Siaran selama 13 episod.

   

Kredit video: Kau, Aku, Kita Episod 1

   

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Kau Aku Kita (2015)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)