Biodata

1. Pemilik nama penuh Ahmad Ezzrin Loy bin Ahmad Sabri. Namun popular dengan nama Ezzrin Loy.

2. Merupakan pelakon, model dan hos.

3. Dilahirkan pada 30 Jun 1997 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 22 tahun (2019). Zodiaknya cancer.

4. Berbangsa Melayu, beragama Islam dan berwarganegara Malaysia.

5. Berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab.

6. Anak kepada pasangan Ahmad Sabri (bapa) dan Filzah Yusoff (ibu).

7. Anak bongsu daripada empat beradik. Dua lagi adik-beradiknya yang lain iaitu Nurul Elfira Loy atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy (kakak) dan Nurul Ezlisa Loy atau Ezlisa Loy (adik) juga merupakan pelakon. Abangnya bernama Ahmad Ezzraa.

8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

9. Mula meledak selepas membintangi siri komedi Ayyad pada 2008, siaran TV3.

10. Bukan hanya peranan dalam karya komedi, Ezzrin juga menerima pujian kerana kelebihan membawakan watak yang lebih mencabar iaitu sebagai kanak-kanak hyperaktif dalam drama Nenek Dara, termasuk drama Anak Rintih.

11. Kerap berlakon di sisi kakaknya, Elfira iaitu antaranya menerusi siri TV Qalesya dan telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, siaran Astro Ria yang turut dibintangi pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila.

12. Drama lain dibintanginya seperti Aloy (2009), Permata Hati (2009), Rafeeq (2010), Kum Kum (2011) dan Oh My English (2012). Juga telefilem Munajat Berhenti dan teater muzikal kanak-kanak berjudul Ali Baba (turut menampilkan Elfira dan Dato’ Aznil Nawawi) pada sekitar 2006.

13. Menyertai program Lari: Misi Mr X (TV9) yang mendapat saingan peserta selebriti lain seperti Atu Zero, Mark Adam dan Nonny Nadirah.

14. Kelab peminatnya dinamakan Ezzrin Loy FC.

15. Kerjaya seni beliau diuruskan oleh ibunya, Filzah Yusoff dan kakaknya, Elfira Loy.

16. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara, Ain Edruce.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon ezzrin loy 2

biodata dan latar belakang pelakon ezzrin loy 3

biodata dan latar belakang pelakon ezzrin loy 4

biodata dan latar belakang pelakon ezzrin loy 5

biodata dan latar belakang pelakon ezzrin loy 6

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Encikshino.com

4. Instagram Ezzrin Loy




Hakcipta iluminasi.com (2017)