Oleh pada 12 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram ntv7 Malaysia

   

Kebaya Kasut Kanvas merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Emi Suffian, dibintangi Nabila Razali dan Fahrin Ahmad sebagai watak utama.

Drama adaptasi novel Si Baju Kurung Kasut Kanvas hasil tulisan Umie Nadzimah ini memulakan siaran pada 12 Ogos 2020 di Slot Drama Pukul 6, TV3.

    

novel kebaya kasut kanvas

Kredit foto: Instagram Pejoy Yahaya

   

Sinopsis

Suria (Nabila Razali), seorang pekerja syarikat fesyen yang berfikiran positif dan ceria, sering menggayakan baju kebaya yang dipadankan dengan kasut kanvas.

Kerana terlalu komited dengan tuntutan kerja, Suria belum pernah mempunyai kekasih sejak zaman kolej.

Perkara itu menimbulkan kebimbangan kepada ibunya, Cik Pah (Rozita Che Wan) hingga si ibu secara senyap-senyap menerima lamaran kahwin daripada seorang jejaka mewakili pihak Suria.

Identiti bakal suami Suria pula dirahsiakan, malah Cik Pah menggesa agar Suria mencari sendiri lelaki yang dimaksudkan, dengan berbekalkan satu petunjuk iaitu Suria turut mengenali jejaka berkenaan.

   

pelakon kebaya kasut kanvas

Kredit foto: Instagram Fahrin Ahmad

    

Pelakon

Lakonan utama Nabila Razali dan Fahrin Ahmad, selain menampilkan Ikmal Amry, Haqiem Rusli, Julia Farhana Marin, Syafi Tee, Ismail Izzani, Rozita Che Wan, Azrel Ismail, Aniq Suhair, Sean Lee, Mona Allen, Malek Mccrone, Dr Shazril Shaharuddin, Ashraf Nordin, Zarynn Min, Noniswara, Zainol Macwilson, Anas Ridzuan dan Ariana Amani.

    

Baca: Biodata Nabila Razali

Baca: Biodata Ikmal Amry

Baca: Biodata Haqiem Rusli

Baca: Biodata Julia Farhana Marin

Baca: Biodata Syafi Tee

Baca: Biodata Ismail Izzani

Baca: Biodata Rozita Che Wan

Baca: Biodata Azrel Ismail

Baca: Biodata Aniq Suhair

Baca: Biodata Sean Lee

Baca: Biodata Mona Allen

Baca: Biodata Malek Mccrone

     

kebaya kasut kanvas episod

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Pyan Screw (Emi Suffian) terbitan rumah produksi OrangeTree Production.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Harith Zazman, MFMF., LOCA B - Cute (Stop Lah Being So Cute)

    

Tajuk: Cute (Stop Lah Being So Cute)

Penyanyi: Harith Zazman, MFMF. & LOCA B

Komposer: Harith Zazman, MFMF. & LOCA B

Lirik: Harith Zazman, MFMF. & LOCA B

   

drama kebaya kasut kanvas

Kredit foto: Instagram Fahrin Ahmad

    

Waktu Siaran

Tayangan 10 episod mulai 12 Ogos 2020, setiap Rabu dan Khamis, jam 6 petang di saluran TV3 menerusi Slot Drama Pukul 6,

   

Kredit video: Kebaya Kasut Kanvas Episod 1

        

Sumber:

1. Novel Si Baju Kurung Kasut Kanvas

2. Drama Sangat

3. Drama Kebaya Kasut Kanvas: Fahrin Ahmad & Nabila Razali | MHI (10 Ogos 2020)

4. Nabila gementar jumpa Fahrin

5. Wikipedia Kebaya Kasut Kanvas

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)