Oleh pada 30 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Halim Radzi

   

Dia Bidadari Dari Syurga merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 yang menggunakan khidmat arahan sutradara Izzman Hafiz.

Karya adaptasi novel dengan tajuk sama tulisan Syamnuriezmil ini dibintangi oleh Halim Radzi dan Sharifah Husna. Memulakan siaran di saluran TV Okey mulai 23 Oktober 2020.

   

novel dia bidadari dari syurga

Kredit foto: Instagram Sharifah Husna

   

Sinopsis

Marissa Aisya (Sharifah Husna) merupakan seorang graduan dari Melbourne University, Australia.

Dia disuruh menjadi 'tea lady' di syarikat bapanya. Dek kerana ingin menjadi anak yang taat, Marissa turutkan sahaja.

Namun di pejabat, dia dibuli oleh Naqib Zakuan (Halim Radzi), seorang jurutera yang telah lama berkhidmat dengan bapanya.

Tak cukup dengan itu, Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah (Julia Farhana), mengugut supaya Marissa menyamar menjadi kekasihnya untuk dibawa berjumpa dengan ibunya di kampung.

Marissa hanya menurut.

Tanpa disangka, daripada rasa benci, timbul perasaan sayang.

Namun Marissa tampil dengan keputusan mengejut untuk berhenti kerja dan berkahwin dengan calon pilihan ibunya.

Zakuan patah hati.. Adakah Zakuan redha untuk melupakan Marissa atau bangkit membuktikan cintanya pada gadis itu?

    

dia bidadari dari syurga episod

Kredit foto: Instagram Halim Radzi

   

Pelakon

Gandingan Halim Radzi dan Sharifah Husna sebagai teraju utama, selain menampilkan Julia Farhana, Hafidz Roshdi, Dayana Roza, Shahkimin, Mahmud Ali Bashah, Syaffiq Sahli, Aryan Naim, Ady Fakhruddin, Nora Lunia dan Nurul Iman.

    

Baca: Biodata Sharifah Husna

Baca: Biodata Julia Farhana Marin

Baca: Biodata Dayana Roza

Baca: Biodata Hafidz Roshdi

    

drama dia bidadari dari syurga 44

Kredit foto: Instagram Sharifah Husna

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya daripada produksi Sazawan Supply Sdn Bhd menerusi arahan sutradara Izzman Hafiz.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: ESTRANGED - ANDAINYA (Official Music Video)

   

Tajuk: Andainya

Penyanyi: Estranged

Komposer: Estranged

Penulis lirik: Richael Gimbang

   

dia bidadari dari syurga 710

Kredit foto: Instagram Halim Radzi

    

Waktu Siaran

Mulai 23 Oktober 2020 di TV Okey (RTM), siaran 20 episod setiap Isnin hingga Ahad, jam 10 malam.

   

Kredit video: 23 OKT 2020 – SPM – DIA BIDADARI DARI SYURGA

   

Sumber:

1. Instagram TV Okey

2. Novel Dia Bidadari Dari Syurga

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)